
Share |
Kota Bharu - 03 N0v 2012, GAMIS Negeri Kelantan mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh pimpinan GAMIS pusat yang mana telah berlangsung pada 2 & 3 Nov 2012.Mesyuarat Agung Tahunan merupakan salah satu agenda tahunan bagi sesebuah organisasi kepimpinan bagi memberi ruang kepada ahli untuk bermuhasabah dan menilai sesi pentadbiran pada kali ini seterusnya membuat penambahbaikan bagi sesi kepimpinan akan datang.
Hakikat yang harus kita akui adalah,kepimpinan itu bukanlah suatu ‘tasyrifan’ (kemuliaan) semata-mata, tetapi ianya merupakan ‘taklifan’ (tanggungjawab dan amanah) yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh setiap pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh ahli-ahli di bawah kepimpinannya.
Rasulullah S.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"kepimpinan adalah suatu amanah dan di akhirat kelak ia akan menjadi kehinaan dan penyelasan kecuali bagi mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan didalamnya”.
GAMIS Negeri Kelantan selaku rakan seperjuangan bagi sesi 2011/2013 merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan GAMIS pusat sesi lepas yang telah banyak mencurahkan khidmat dan jasa yang terbaik bagi Menerajui gerakan mahasiswa dalam memimpin kebangkitan dengan kesedaran Islam.
Seluruh kepimpinan GAMIS Negeri kelantan mengucapkan tahniah dan takziah juga kepada Presiden GAMIS 12/13, Saudara Muhamad Azan Safar (UKM) serta kepimpinan yang baru dilantik.
Semoga GAMIS terus melangkah dengan agenda dakwahnya didalam melahirkan
generasi da'ei dan terus memacu agenda membangun mahasiswa.Perjuangan
perlu diteruskan bersama dengan kepimpinan yang telah di berikan amanah
kepada mereka. Sesungguhnya amanah kepimpinan adalah suatu yang besar
dan berat tanggugjawabnya.Mudahan kita mampu menghadapinya.
عن عبد
الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبدَ الرحمنِ لا
تَسْأَلِ الإمَارَةَ فَإنَّكَ إِنْ أُوتِيتَها عن مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إليها وإِنْ
أُعْطِيتَها مِن غيرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عليها
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Memegang satu tampuk kepimpinan adalah satu perkara yang
berat. Sekiranya disusun dengan perancangan yang baik dan berlandaskan Al-Quran
dan As-Sunnah, insya Allah segalanya akan berjalan dengan baik. Sesungguhnya kepimpinan
itu bukanlah tasyrifan (kemuliaan) namun ianya adalah satu amanah dan taklifan
buat insan itu sendiri.
SEKALI LAGI kami dari pimpinan GAMIS Negeri Kelantan mengucapkan TAHNIAH DAN TAKZIAH Buat saff kepimpinan baru Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sesi 2012/2013 :
Barisan Kepimpinan Gamis Sesi 2012/2013SEKALI LAGI kami dari pimpinan GAMIS Negeri Kelantan mengucapkan TAHNIAH DAN TAKZIAH Buat saff kepimpinan baru Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sesi 2012/2013 :
Presiden : Muhamad Azan Safar (UKM)
Tim
balanPresiden : Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)
Pengerusi SIGMA : Aqilah Mukhtar (UPM)
Timbalan Pengerusi SIGMA : Nur Adiela Kamarizzaman (UIA)
Naib Presiden (Strategik & Mobilasi Massa) : Syis Abd Kadir (UM)
Naib Presiden (Jaringan Kampus) : Mohd Faiz Ismail (UPSI)
Setiausaha : M.Farid Hadhari M.Rusdi (USIM)
Timbalan Setiausaha 1 : Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)
Timbalan Setiausaha 2 : Hamiza Hani Omar (UKM)
Bendahari : M.Nazrin Bin M.Zohir (KUIS)
Timbalan Bendahari : Nur Liyana Omar (UKM)
Ketua Penerangan : Mohd Khairul Izzaz B. Ismail (UIA)
Timbalan Penerangan : Siti Rabiatul Adawiyah (UM)
Majlis Politik Nasional :
Pengerusi: Ahmad Afif Zulkipli (UKM)
Timbalan: Sofwatul Aufa Bakri (UM)
Majlis Dakwah dan Kebajikan :
Pengerusi: Mohd Syakirin Bin Md Zahar (UPM)
Timbalan: Atikah Abd.Rahman (UIA)
Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional :
Pengerusi: Muhd Afdzal Shahabuddin (USIM)
Timbalan: Siti Fatimah Rosli (UM)
Mudahan kita semua berada dalam jalan ini dengan penuh istiqamah..
siiru a'la barakatillah...
No comments:
Post a Comment