Saturday 24 November 2012

PIDATO ~SELAMATKAN UMAT ISLAM GHAZZAH~


 

 
GAMIS KELANTAN MENYERU MASYARAKAT MENGAMBIL CAKNA ISU UMAT ISLAM
 
Tarikh   : 22 November 2012 (Khamis)

Masa     : 7.00 malam –8.30 malam

Tempat : Masjid Ar-Rahman, Kok Lanas

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Cawangan Kelantan

Turut Hadir : Wakil-wakil NGO, Misi Cakna Palestin & Pembina Kelantan.

             Apabila umat Islam di seluruh dunia sibuk untuk menyambut tahun baru Hijrah, umat Islam di Palestin huru-hara apabila ‘menyambut’ serangan roket rejim Israel. Seperti yang kita ketahui sebelum ini, penduduk bumi Gaza telah diserang dengan begitu kejam oleh Israel Laknatullah dan ramai diantara mereka yang mati syahid.Dengan itu,untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kelantan telah menganjurkan pidato “Selamatkan Umat Islam Ghazzah” yang berbentuk forum tentang bantahan terhadap isu keganasan di Gaza  yang diadakan di Masjid Ar-Rahman kok lanas. Pemidato yang pertama selaku pembuka tirai disampaikan oleh saudara Azree (wakil Pimpinan Gamis Kelantan), pemidato seterusnya yang disampaikan oleh Ustaz Hadi (wakil Pembina) dan diakhiri oleh Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood (Wakil Sekreteriat Cakna Palestin) itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat luar tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel Laknatullah terhadap penduduk di Gaza,Palestin.

          Antara pengisian penting yang kami dapat kutip sepanjang slot tayangan video tentang penderitaan penduduk Gaza dan pidato oleh kedua wakil NGO tersebut ialah bagaimana tentera HAMAS al-Qassam berhempas pulas mengangkat senjata untuk melawan musuh Islam iaitu zionis Israel laknatulah itu.Walaupun kami tidak mampu mengangkat senjata memerangi zionis,namun doa kami sentiasa mengiringi perjuangan mereka disana. Kami juga telah mengakhiri pidato’’Selamatkan Umat Islam di Ghazzah’’dengan menunaikan solat Sunat Hajat untuk saudara kita di Palestin.Oleh itu,kami berharap semua masyarakat kawasan berdekatan yang hadir pada malam itu mendapat input yang berguna disamping memberi kesedaran tentang pentingnya untuk kita mempertahankan agama Islam kita daripada menjadi sasaran perang zionis Israel laknatullah.’’Jauhi Kekerasan untuk bebaskan kekejaman Israil Laknatullah...Allahuakhbar!!’’


 Pemasangan‘Banner’ di luar Masjid Ar-Rahman

                                         Pemidato yang disampaikan oleh ustaz Hadi            
 
                                Pemidato yang disampaikan oleh                   
                                                          Ustaz Nik  Mahadi                                                  

    Pembuka Pemidato Saudara Azree oleh wakil GAMIS

                                                             Cawangan Kelantan
 


HADIRIN YANG HADIR

No comments:

Post a Comment