Wednesday 11 September 2013

Prihatin Mesir [PRIME]..





Program Prihatin Mesir [PRIME]

27 Ogos 2013- Kelantan, satu program prihatin terhadap Mesir  yang melibatkan masyarakat dan mahasiswa  telah diadakan di Dewan YIK ,Nilam Puri. Program ini memberi input dan isu terkini Mesir yang sekarang dianggap sedang bergolak . PRIME adalah anjuran bersama GAMIS Kelantan dan PMKIAS. Penceramah jemputan adalah Ustaz Abdul Malik ,penasihat PMRAM dan Ustaz Asri Daud merupakan Pegawai Khas Menteri Kelantan.

 9.15 malam program bermula dengan ucapan pembukaan oleh Ustaz Fahmi dan diteruskan dengan tayangan isu sebenar Mesir menerusi Mesir Kini yang dibawah Muslim4Life. Dua vedio yang menarik telah disiarkan ,iaitu situasi Mesir kini dan lagu tema yang berlatarkan suasana mesir.

9.45 malam persembahan khas dari kumpulan Naufal yang bertemakan unsur jihad telah diadakan.

10.00 malam ucapan alu-aluan daripada PMKIAS ,iaitu ustaz Khairul Amin Mohd Zuki. Beliau mengalu-alukan kedatangan masyarakat serta mahasiswa supaya bersama-sama menghayati perjuangan rakyat-rakyat dan pemimpin di Negara Arab.

10.09 malam ucapan daripada president GAMIS Kelantan, iaitu ustaz Anas bin Malik yang membawa potongan ayat yang merujuk kepada keadaan dunia masa kini dan turut merasa bangga terhadap mahasiswa yang bersama-sama turun menjayakan program sedemikian.

10.10 malam ucapan penceramah jemputan ustaz Abdul Malik wakil Pemerhati Politik Mesir. Beliau mengatakan bahawa ini semua adalah taktik orang kafir untuk menyekat dan mengharu birukan pergerakan Islam. Dalam ucapan ,beliau menceritakan sebab-sebab mengapa Dr.Morsi dikenali ramai- hal ini kerana Dr.Morsi adalah seorang yang wala’ dengan keputusan Ikhwanun Muslimin.

“Cerita Palestine tidak pernah selesai sehingga hari ini, tiba-tiba isu Mesir timbul…isu Syiria belum surut tiba-tiba isu umat Islam di Burma disembelih …umpama Islam itu seperti bola ..kesana ,sini. Dalam masa 7 jam umat Islam tidak berhenti-henti dibunuh di Raba’ah  ” katanya. Tambah beliau lagi dimanakah kita? Apakah peranan kita?adakah kita perlu takut dengan kerajaan Saudi?. Masyarakat kini tersepit. Bukan sahaja America dan arab Saudi sahaja menjatuhkan Negara Islam tapi melibatkan semuanya.
Uslub:gunakan facebook dan medium yang ada sehabis mungkin dalam menyebarkan berita sebenar kepada semua sahabat di luar dan dalam khususnya serta berdoa untuk keamanan bersama.

10.55 malam ceramah daripada ustaz Asri Daud diteruskan. Dalam ucapan beliau mengupas ayat 47 daripada surah Yunus yang bermaksud- dan setiap umat Islam mempunyai rasul. Maka, apabila rasul mereka telah datang ,berlakulah hukum bagi mereka dengan adil dan sedikit pun tidak dizalimi. Jadi,siapakah yang perlu memainkan peranan dalam isu Mesir jawapannya adalah anak muda itu sendiri.
Dr.Morsi menjalankan syariat Islam “tidak ada kebangkitan ,tidak ada kemajuan tanpa kita laksanakan perlembagaan Islam”-artikel yang dipakai untuk menjatuhkan Dr.Morsi.
Mesir memilih jalan untuk menyelamatkan Palestine dengan bekorban. Jadi peranan kita adalah untuk ‘like dan share’ maklumat yang betul di laman social serta sentiasa berdoa untuk kesejahteraan didunia dan akhirat sana.

12.00 malam majlis bersurai
     
    [MUNGKIN ESOK AKU AKAN SYAHID]

   

Monday 22 July 2013

Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :- 

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

20 Ramadhan 1428 H

2 Oktober 2007

Nota: Artikel ini diperolehi daripada Ustaz Zaharudin dot net


Saturday 15 June 2013

SYAABAN [ISRAK MIKRAJ]

Peristiwa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Friday 14 June 2013

HARI UNTUKMU SYIRIA - GAMIS KELANTAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

14 Jun 2013 



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Speaker Corner berkenaan isu Syria pada pukul 10.30 pagi. Bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu program ini adalah salah satu wasilah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat awam akan situasi sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden GAMIS Kelantan, Muhammad Anas Bin Malik. Menurut beliau, program ini diadakan bagi menyatakan sokongan padu mahasiswa berkaitan isu yang berlaku di Syria selain menyahut seruan sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang mengisytiharkan bahawa umat Islam di seluruh dunia perlu menjadikan Jumaat ini  (14 Jun 2013) sebagai Hari Untukmu Syria.
Sepanjang program ini berlangsung, tabung-tabung derma serta risalah berkaitan isu Syria turut diedarkan kepada masyarakat yang hadir.  Program ini juga secara tidak langsung dapat mengadakan kutipan dana bagi disalurkan terus kepada saudara kita di Syria.
Program ini bertujuan untuk menyebarkan perihal yang berlaku di Syria memandangkan masih ramai lagi di antara masyarakat setempat yang kurang cakna mengenai isu global umat yang berlaku di sana. Tentera Rejim sanggup membunuh namun dunia Islam hari ini masih lagi mendiamkan diri. Dalam ucapan aluan lagi, beliau turut menyatakan harapan agar program ini sedikit sebanyak akan dapat membuka mata dan minda masyarakat tentang pentingnya isu ini serta masyarakat lebih prihatin dan bertindak menyokong kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman di sana.

            Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan oleh wakil mahasiswa, Ahmad Syamil Bin Mohd Kamil.  Beliau menyeru masyarakat bersama-sama dengan gerakan Revolusi Syria untuk menentang pemerintahan zalim.  Beliau turut menceritakan beberapa bentuk kezaliman yang berlaku di Syria sepanjang tempoh Saurah. Antaranya adalah:
1.Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2.Seramai 39000 orang telah cedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3.Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
Selain itu, video-video di You Tube juga ada menunjukkan kekejaman serta kezaliman yang dilakukan tentera Rejim Basyar Assad.  Setelah menangkap rakyat Syria, mereka tidak terus membunuh, namun mereka menyeksa dahulu rakyat Syria. Menurut beliau lagi, melihat kepada kekejaman yang berlaku, antara peranan serta pertolongan kita sebagai seorang muslim adalah:
1.Mendoakan saudara kita di Syria.
2.Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
3.Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.
Beliau berharap agar kita bersama-sama mendoakan serta berharap agar Rejim Basyar tumbang.  Beliau mengakhiri ucapan dengan laungan Takbir. Allahuakhbar!!!

~BERAMAL KERANA ALLAH~
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kata Saidina Ali ra; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81; “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.



edaran risalah






[GAMIS BERSAMA PEMUDA PAS MEMPERJUANGKAN SYIRIA]

Ucapan aluan yang disampaikan oleh Presiden GAMIS KELANTAN Al-Akh Muhammad Anas b Malik

 SYRIA NEED YOU!!

 Rakyat Kelantan turut memberi sumbangan untuk saudara kita di Syiria

GAMIS KELANTAN bersama AKTIVIS SYIRIA

Family DAY Gamis Kelantan 2013..

8 Jun 2013, Sabtu bertempat di Chalet Datuk Rhu, Tok Bali telah diadakan ‘Family Day’ GAMIS Kelantan. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan pimpinan GAMIS Kelantan bagi sesi 2013/2014 dan mengeratkan tautan ukhwah sesama ahli. Seramai 50 orang ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Cawangan Kelantan telah hadir.
           Program bermula pada pukul 10.00 pagi. Dimulakan dengan ucapan mantan Gamis Kelantan, Ustaz Sobri bin Hussin. Diteruskan sesi Muhasabah dan sebarang pertanyaan dari ahli GAMIS Kelantan berkenaan aktiviti GAMIS bagi sesi yang lepas. Kemudian, diteruskan dengan sesi taaruf dan harapan kepada pimpinan GAMIS yang baru beserta cadangan aktiviti dari ahli GAMIS Kelantan untuk sesi akan datang. Diakhiri dengan jamuan makan bersama semua ahli. Program bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.

            Tahniah dan takziah diucapkan kepada pimpinan GAMIS Kelantan yang baru bagi sesi 2013/2014. Diharapkan dapat menjalankan taklifan yang diberi dengan penuh beramanah. Juga merancang program yang dapat memberi manfaat kepada semua dan membina hubungan yang baik bersama masyarakat sekeliling di Kelantan serta menaikkan nama GAMIS Kelantan. 


barisan muslimin  hebat



barisan muslimat awesome

Saturday 4 May 2013

JOM MENGUNDI

JOM KEKAL KELANTAN, UBAH PUTRAJAYA 
INI KALILAH...


 Memilih pemimpin untuk negara ini merupakan suatu kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap individu bergelar rakyat Malaysia kerana Nabi Muhammad S.A.W. perintahkan dalam hadis di bawah bahasanya
“Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin).” (HR Abu Daud)
Undi anda penentu masa depan agama, bangsa dan negara kita. Undilah dengan bijak. Pilihlah pemimpin yang mempunyai matlamat yang jelas yang ingin mendaulatkan Islam. Bukan pemimpin yang hanya meletakkan Islam di masjid-masjid dan surau-surau, akan tetapi pilihlah pemimpin yang meletakkan Islam sebagai pegangan utama sekalipun dalam urusan bernegara supaya tiada wujudnya rasuah dan korupsi dalam menguruskan negara ini. Mereka juga tidak mengenepikan urusan aqidah Islamiyyah untuk diresap masuk ke dalam sanubari rakyat supaya tertutup ruang kemaksiatan sekalipun mereka bersendirian.
Bersama kita membina sebuah negara Malaysia baru. 
INI KALILAH....

Thursday 2 May 2013

GAMIS KELANTAN:)


FLASHMOB PRU 2013








Alhamdulillah,hari ini Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Kelantan telah menganjurkan satu flashmob bagi menyatakan sokongan padu pada kerajaan negeri serta menyokong penuh kepimpinan ulama’ di negeri Kelantan. Seramai …… orang mahasiswa dari IPT di negeri Kelantan turut serta dalam program ini.
                Program bermula pada pukul 9 pagi dimana mahasiswa berkumpul di masjid Kubang Kerian untuk mendengar taklimat pergerakan program yang disampaikan oleh presiden GAMIS Kelantan sendiri diiringi dengan doa. Seterusnya, kami berkonvoi ke Bachok untuk flashmob kami yang pertama. Sasarannya ialah di sekitar pasar pagi yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional.
                Seterusnya kami bergerak ke Kubang Kerian. Di sini kami mendapat sokongan padu dari pemandu kenderaan apabila mereka turut memberikan hon tanda sokongan dan turut bersama kami untuk sama-sama mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan.


Destinasi terakhir kami ialah di sekitar Parkson, Kota Bharu.

Program seperti ini jelas menunjukkan bahawa mahasiswa sudah berani bangkit untuk berjuang menegakkan kebenaran serta menyokong kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah berusaha  bersungguh-sungguh bagi menjulang agama sebagai teras utama dalam kehidupan. Kejayaan negeri Kelantan yang telah berjaya menyekat program-program hibuan serta maksiat dan berusaha menganjurkan program ilmiah kepada masyarakat negeri Kelantan dengan harapan masyarakat Kelantan kaya dengan ilmu dan celik dari penipuan. Di samping itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah berusaha sepenuhnya menegakkan syi’ar Islam melalui program-program yang telah dirancang. Oleh itu, tiada sebab untuk kami berdemo menukar Kerajaan Negeri Kelantan yang telah terbina dengan asas Islam ini. Hanya golongan yang inginkan maksiat sahaja yang tidak putus-putus menghasut untuk memecahkan dan meruntuhkan Kerajaan Islam disini. 



“KEKAL KELANTAN, UBAH PUTRAJAYA”