Saturday 15 June 2013

SYAABAN [ISRAK MIKRAJ]

Peristiwa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Friday 14 June 2013

HARI UNTUKMU SYIRIA - GAMIS KELANTAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

14 Jun 2013 



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Speaker Corner berkenaan isu Syria pada pukul 10.30 pagi. Bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu program ini adalah salah satu wasilah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat awam akan situasi sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden GAMIS Kelantan, Muhammad Anas Bin Malik. Menurut beliau, program ini diadakan bagi menyatakan sokongan padu mahasiswa berkaitan isu yang berlaku di Syria selain menyahut seruan sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang mengisytiharkan bahawa umat Islam di seluruh dunia perlu menjadikan Jumaat ini  (14 Jun 2013) sebagai Hari Untukmu Syria.
Sepanjang program ini berlangsung, tabung-tabung derma serta risalah berkaitan isu Syria turut diedarkan kepada masyarakat yang hadir.  Program ini juga secara tidak langsung dapat mengadakan kutipan dana bagi disalurkan terus kepada saudara kita di Syria.
Program ini bertujuan untuk menyebarkan perihal yang berlaku di Syria memandangkan masih ramai lagi di antara masyarakat setempat yang kurang cakna mengenai isu global umat yang berlaku di sana. Tentera Rejim sanggup membunuh namun dunia Islam hari ini masih lagi mendiamkan diri. Dalam ucapan aluan lagi, beliau turut menyatakan harapan agar program ini sedikit sebanyak akan dapat membuka mata dan minda masyarakat tentang pentingnya isu ini serta masyarakat lebih prihatin dan bertindak menyokong kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman di sana.

            Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan oleh wakil mahasiswa, Ahmad Syamil Bin Mohd Kamil.  Beliau menyeru masyarakat bersama-sama dengan gerakan Revolusi Syria untuk menentang pemerintahan zalim.  Beliau turut menceritakan beberapa bentuk kezaliman yang berlaku di Syria sepanjang tempoh Saurah. Antaranya adalah:
1.Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2.Seramai 39000 orang telah cedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3.Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
Selain itu, video-video di You Tube juga ada menunjukkan kekejaman serta kezaliman yang dilakukan tentera Rejim Basyar Assad.  Setelah menangkap rakyat Syria, mereka tidak terus membunuh, namun mereka menyeksa dahulu rakyat Syria. Menurut beliau lagi, melihat kepada kekejaman yang berlaku, antara peranan serta pertolongan kita sebagai seorang muslim adalah:
1.Mendoakan saudara kita di Syria.
2.Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
3.Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.
Beliau berharap agar kita bersama-sama mendoakan serta berharap agar Rejim Basyar tumbang.  Beliau mengakhiri ucapan dengan laungan Takbir. Allahuakhbar!!!

~BERAMAL KERANA ALLAH~
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kata Saidina Ali ra; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81; “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.



edaran risalah






[GAMIS BERSAMA PEMUDA PAS MEMPERJUANGKAN SYIRIA]

Ucapan aluan yang disampaikan oleh Presiden GAMIS KELANTAN Al-Akh Muhammad Anas b Malik

 SYRIA NEED YOU!!

 Rakyat Kelantan turut memberi sumbangan untuk saudara kita di Syiria

GAMIS KELANTAN bersama AKTIVIS SYIRIA

Family DAY Gamis Kelantan 2013..

8 Jun 2013, Sabtu bertempat di Chalet Datuk Rhu, Tok Bali telah diadakan ‘Family Day’ GAMIS Kelantan. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan pimpinan GAMIS Kelantan bagi sesi 2013/2014 dan mengeratkan tautan ukhwah sesama ahli. Seramai 50 orang ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Cawangan Kelantan telah hadir.
           Program bermula pada pukul 10.00 pagi. Dimulakan dengan ucapan mantan Gamis Kelantan, Ustaz Sobri bin Hussin. Diteruskan sesi Muhasabah dan sebarang pertanyaan dari ahli GAMIS Kelantan berkenaan aktiviti GAMIS bagi sesi yang lepas. Kemudian, diteruskan dengan sesi taaruf dan harapan kepada pimpinan GAMIS yang baru beserta cadangan aktiviti dari ahli GAMIS Kelantan untuk sesi akan datang. Diakhiri dengan jamuan makan bersama semua ahli. Program bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.

            Tahniah dan takziah diucapkan kepada pimpinan GAMIS Kelantan yang baru bagi sesi 2013/2014. Diharapkan dapat menjalankan taklifan yang diberi dengan penuh beramanah. Juga merancang program yang dapat memberi manfaat kepada semua dan membina hubungan yang baik bersama masyarakat sekeliling di Kelantan serta menaikkan nama GAMIS Kelantan. 


barisan muslimin  hebat



barisan muslimat awesome