Wednesday 11 September 2013

Prihatin Mesir [PRIME]..





Program Prihatin Mesir [PRIME]

27 Ogos 2013- Kelantan, satu program prihatin terhadap Mesir  yang melibatkan masyarakat dan mahasiswa  telah diadakan di Dewan YIK ,Nilam Puri. Program ini memberi input dan isu terkini Mesir yang sekarang dianggap sedang bergolak . PRIME adalah anjuran bersama GAMIS Kelantan dan PMKIAS. Penceramah jemputan adalah Ustaz Abdul Malik ,penasihat PMRAM dan Ustaz Asri Daud merupakan Pegawai Khas Menteri Kelantan.

 9.15 malam program bermula dengan ucapan pembukaan oleh Ustaz Fahmi dan diteruskan dengan tayangan isu sebenar Mesir menerusi Mesir Kini yang dibawah Muslim4Life. Dua vedio yang menarik telah disiarkan ,iaitu situasi Mesir kini dan lagu tema yang berlatarkan suasana mesir.

9.45 malam persembahan khas dari kumpulan Naufal yang bertemakan unsur jihad telah diadakan.

10.00 malam ucapan alu-aluan daripada PMKIAS ,iaitu ustaz Khairul Amin Mohd Zuki. Beliau mengalu-alukan kedatangan masyarakat serta mahasiswa supaya bersama-sama menghayati perjuangan rakyat-rakyat dan pemimpin di Negara Arab.

10.09 malam ucapan daripada president GAMIS Kelantan, iaitu ustaz Anas bin Malik yang membawa potongan ayat yang merujuk kepada keadaan dunia masa kini dan turut merasa bangga terhadap mahasiswa yang bersama-sama turun menjayakan program sedemikian.

10.10 malam ucapan penceramah jemputan ustaz Abdul Malik wakil Pemerhati Politik Mesir. Beliau mengatakan bahawa ini semua adalah taktik orang kafir untuk menyekat dan mengharu birukan pergerakan Islam. Dalam ucapan ,beliau menceritakan sebab-sebab mengapa Dr.Morsi dikenali ramai- hal ini kerana Dr.Morsi adalah seorang yang wala’ dengan keputusan Ikhwanun Muslimin.

“Cerita Palestine tidak pernah selesai sehingga hari ini, tiba-tiba isu Mesir timbul…isu Syiria belum surut tiba-tiba isu umat Islam di Burma disembelih …umpama Islam itu seperti bola ..kesana ,sini. Dalam masa 7 jam umat Islam tidak berhenti-henti dibunuh di Raba’ah  ” katanya. Tambah beliau lagi dimanakah kita? Apakah peranan kita?adakah kita perlu takut dengan kerajaan Saudi?. Masyarakat kini tersepit. Bukan sahaja America dan arab Saudi sahaja menjatuhkan Negara Islam tapi melibatkan semuanya.
Uslub:gunakan facebook dan medium yang ada sehabis mungkin dalam menyebarkan berita sebenar kepada semua sahabat di luar dan dalam khususnya serta berdoa untuk keamanan bersama.

10.55 malam ceramah daripada ustaz Asri Daud diteruskan. Dalam ucapan beliau mengupas ayat 47 daripada surah Yunus yang bermaksud- dan setiap umat Islam mempunyai rasul. Maka, apabila rasul mereka telah datang ,berlakulah hukum bagi mereka dengan adil dan sedikit pun tidak dizalimi. Jadi,siapakah yang perlu memainkan peranan dalam isu Mesir jawapannya adalah anak muda itu sendiri.
Dr.Morsi menjalankan syariat Islam “tidak ada kebangkitan ,tidak ada kemajuan tanpa kita laksanakan perlembagaan Islam”-artikel yang dipakai untuk menjatuhkan Dr.Morsi.
Mesir memilih jalan untuk menyelamatkan Palestine dengan bekorban. Jadi peranan kita adalah untuk ‘like dan share’ maklumat yang betul di laman social serta sentiasa berdoa untuk kesejahteraan didunia dan akhirat sana.

12.00 malam majlis bersurai
     
    [MUNGKIN ESOK AKU AKAN SYAHID]