Saturday 18 February 2012

PENGENALAN GAMIS KELANTAN

GAMIS Cawangan Kelantan telah ditubuhkan pada 06 Ogos 2011.Penubuhan GAMIS Cawangan Kelantan sebagai pemudah cara kepada kampus di seluruh kelantan melaksanakan dasar-dasar perjuangan selari dengan GAMIS pusat.Organisasi GAMIS Cawangan Kelantan kini terdiri daripada Presiden,Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari, Lajnah Tarbiah, Lajnah Siasah dan Lajnah Dakwah Kebajikan. Sepanjang penubuhan GAMIS Cawangan Kelantan,satu Program Dakwah Lapangan telah dilaksanakan sempena sambutan tahun baru pada 01 Januari 2012. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEIK). Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) serta beberapa NGO lain.Sasaran dakwah lapangan yang telah dijanlankan seperti Pusat membeli belah KB MALL, GIANT, Stadium Sultan Muhammad IV, dan Persisiran pantai Bachok & Tumpat.Wakil setiap kampus di Kelantan telah menyertai Dakwah lapangan ini. Program ini bermula pada pukul 6.00 petang 31 Disember 2011 dan Berakhir pada pukul 2.00 pagi 01 Januari 2012.