Sunday 25 November 2012

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KAMPUS USM KAMPUS KESIHATAN

 
 
 KAMI BERSAMAMU PALESTIN..

      Kami dari GAMIS KELANTAN mengucapkan tahniah kepada kampus USM kerana telah BERJAYA  mengadakan Program Solat HAjat Perdana dan Talk bertajuk 'News From Palestine' TELAH DIADAKAN

 ~ PADA TARIKH: 22 NOV 2012  (KHAMIS)
~oleh Doctor Mahmoud Abu Marzouk dari Gaza diiringi Ustaz Wan Sharafi, Timb. Presiden Cakna Palestin sebagai penterjemah.

 
          DAN ALHAMDULILLAH dapat mengumpulkan wang kutipan sejumlah RM 17,041.36. kehadiran yang sangat di luar jangkaan dari para pelajar menunjukkan solidariti mereka dengan keadaan yg berlaku di palestin.
 
hadirin yg hadir sedang mengaminkan doa "Ya Allah Selamatkan Palestin" "hancurkan Israel yg menzalimi orang2 Islam di Palestin" Amin......
 
 
         Program solat hajat perdana dan talk News From Palestine anjuran rakan masjid, wakil mpp, PPSP, PPSG PPSK dan ahli sekretariat sukarelawan dengan bantuan pihak pusat islam dan HEP ni yang program first untuk palestin dari usm kampus kesihatan
wallahua'lam.

























 

Saturday 24 November 2012

PIDATO ~SELAMATKAN UMAT ISLAM GHAZZAH~


 

 
GAMIS KELANTAN MENYERU MASYARAKAT MENGAMBIL CAKNA ISU UMAT ISLAM
 
Tarikh   : 22 November 2012 (Khamis)

Masa     : 7.00 malam –8.30 malam

Tempat : Masjid Ar-Rahman, Kok Lanas

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Cawangan Kelantan

Turut Hadir : Wakil-wakil NGO, Misi Cakna Palestin & Pembina Kelantan.

             Apabila umat Islam di seluruh dunia sibuk untuk menyambut tahun baru Hijrah, umat Islam di Palestin huru-hara apabila ‘menyambut’ serangan roket rejim Israel. Seperti yang kita ketahui sebelum ini, penduduk bumi Gaza telah diserang dengan begitu kejam oleh Israel Laknatullah dan ramai diantara mereka yang mati syahid.Dengan itu,untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kelantan telah menganjurkan pidato “Selamatkan Umat Islam Ghazzah” yang berbentuk forum tentang bantahan terhadap isu keganasan di Gaza  yang diadakan di Masjid Ar-Rahman kok lanas. Pemidato yang pertama selaku pembuka tirai disampaikan oleh saudara Azree (wakil Pimpinan Gamis Kelantan), pemidato seterusnya yang disampaikan oleh Ustaz Hadi (wakil Pembina) dan diakhiri oleh Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood (Wakil Sekreteriat Cakna Palestin) itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat luar tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel Laknatullah terhadap penduduk di Gaza,Palestin.

          Antara pengisian penting yang kami dapat kutip sepanjang slot tayangan video tentang penderitaan penduduk Gaza dan pidato oleh kedua wakil NGO tersebut ialah bagaimana tentera HAMAS al-Qassam berhempas pulas mengangkat senjata untuk melawan musuh Islam iaitu zionis Israel laknatulah itu.Walaupun kami tidak mampu mengangkat senjata memerangi zionis,namun doa kami sentiasa mengiringi perjuangan mereka disana. Kami juga telah mengakhiri pidato’’Selamatkan Umat Islam di Ghazzah’’dengan menunaikan solat Sunat Hajat untuk saudara kita di Palestin.Oleh itu,kami berharap semua masyarakat kawasan berdekatan yang hadir pada malam itu mendapat input yang berguna disamping memberi kesedaran tentang pentingnya untuk kita mempertahankan agama Islam kita daripada menjadi sasaran perang zionis Israel laknatullah.’’Jauhi Kekerasan untuk bebaskan kekejaman Israil Laknatullah...Allahuakhbar!!’’


 Pemasangan‘Banner’ di luar Masjid Ar-Rahman

                                         Pemidato yang disampaikan oleh ustaz Hadi            
 
                                Pemidato yang disampaikan oleh                   
                                                          Ustaz Nik  Mahadi                                                  

    Pembuka Pemidato Saudara Azree oleh wakil GAMIS

                                                             Cawangan Kelantan
 


HADIRIN YANG HADIR

Wednesday 21 November 2012

UCAPAN TAHNIAH


SELAMAT PENGANTIN BARU


             

       Assalamualaikum...Kami dari pimpinan GAMIS KELANTAN mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua mempelai USTAZ NOR HISSYAM & USTAZAH LIYANA yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 9 november 2012, Ustaz Hissyam merupakan mantan setiausaha GAMIS Kelantan pada sesi 2011,  semoga bait muslim yang dibina dapat meneruskan legasi generasi mujahidin yang dapat memberi sumbangan besar kepada Islam di Malaysia khususnya...

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمعا بينكما في الخير.......:)

 
Daripada: MOHAMMAD SABRI BIN HUSSIN (PRESIDEN GAMIS NEGERI KELANTAN) & PIMPINAN YANG LAIN....


 





 

KENYATAAN RASMI PRESIDEN GAMIS KELANTAN ,BANTAHAN TERHADAP KEKEJAMAN ISRAEL KEATAS GAZA



  
"orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".[Al-Baqarah Ayat 120]


     Saya mewakili barisan pimpinan Gamis negeri kelantan mengutuk sekeras-kerasnya pembantaian, kekejaman yang dilakukkan oleh regim Israel laknatullah terhadap tanah mulia umat Islam Gaza, Palestine.
     Wahai Anak Muda, sebagaiman kita mengetahui..setiap awal kali awal muharram, hati umat Islam dicabar dengan pembantaian umat islam di Gaza.Apa alasan mereka?tidak lain adalah mereka menyatakan bahawa 'bumi' mereka telah diceroboh, ini adalah suatu alasan yang tidak dapat di terima akal, kerana apa! tidak dan tidak bukan negara yang mereka berpijak adalah bumi haram yang mereka rampas dari umat islam dengan nama kemanusian! oelh sekutu-sekutu mereka.
    Wahai anak muda! Gamis Negeri Kelantan menyeru kepada semua pemuda pemudi harapan Islam..Ayuh kita bangkit, bersama-sama menentang dalam apa segala bentuk supaya mereka merasakan umat Islam seluruh dunia tidak sesekali Redha dengan kewujudan mereka!.Anak Muda!..Jangan kamu tidur, sesungguhnya musuh kamu tidak pernah tidur untuk menghancurkan kamu!



Mohamad Sabri bin Mohamed Husin
Presiden Gamis Negeri Kelantan

FLASHMOB FOR GAZA


SAVE GAZA
 

Solidariti Bantahan Kekejaman Israel Laknatullah Ke Ke Atas Gaza...Persatuan Mahasiswa KIAS(PMKIAS) Bersama Mahasiswa Baru KIAS Minggu Ukhuwah Islamiyah(MUI 2012)...



Nilam Puri, 20 november 2012, Alhamdulillah Berjaya mengadakan flashmob for GAZA anjuran Persatuan Mahasiswa Kilej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) kerjasama Gamis Kelantan, dengan bertemakan Situasi : Solidariti Bantahan Kekejaman Israel Laknatullah Ke Ke Atas Gaza...Persatuan Mahasiswa KIAS(PMKIAS) Bersama Mahasiswa Baru KIAS Minggu Ukhuwah Islamiyah(MUI 2012)... menunjukkan rasa kecaknaan mahasiswa dalam isu kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Mereka telah dibunuh hidup2, kanak-kanak yang tidak berdosa, perempuan2 yg turut dizalimi dengan kejam…. Ya Allah Selamatkan mereka Ya Allah….
 
 
 
 
BENJAMIN WAKE UP!!!!!! YOUR TIME IS UP... FREE PALESTINE NOW!!! WE LOVE GAZA
 
 
PRESIDEN PMKIAS & PRESIDEN GAMIS KELANTAN turut sama juga
 
 
 
MAHASISWA SEDANG MENURUNKAN TANDATANGAN MENANDAKAN bantahan kezaliman Israel keatas Palestin
 
 
~ MAHASIWA CAKNA PALESTIN~
 
Ya Allah Selamatkan palestin dari kekejaman Israel Laknatullah.....
 
 
Sekalung Tahniah & syabas diucapkan kepada PMKIAS kerana berjaya adakan flashmob ini
 
 
 
 

 

Tuesday 20 November 2012

wahai mujahidin mujahidah..

Ya Allah Selamatkan Palestin...

 
 
 
 


 
Wahai mujahidin mujahidah.......
Peperangan di Palestin masih tercetus
Kemanakah engkau wahai pejuang Allah???????
Kembalilah…………..kembalilah
Kembalilah engkau untuk memperjuangkan Islam,
Kembalilah engkau untuk memperjuangkan Agama Allah,
Sampai bilakah engkau mahu mendiamkan diri??
Wahai mujahidin mujahidah ……
Sanggupkah engkau melihat rakyat palestin menderita????
Mereka ditempak, dibunuh, ditindas dengan
begitu kejam & teramat-amat kejam.
 
Wahai mujahidin mujahidah….
Anak-anak kecil yang tidak berdosa dan
Perempuan-perempuan yang lemah
Menjadi mangsa kekejaman zionis.
 
Ya Allah……ya Allah…..
Para syuhada’ bermandikan darah demi
memperjuangkan agama Allah,

Tapi engkau sanggup melihat mereka dizalimi,
Sedangkan engkau wahai mujahidin mujahidah,
mereka memerlukan kekuatan daripada engkau
untuk bersama meneruskan perjuangan ini.
Bangkitlah…….bangkitlah….bangkitlah wahai mujahidin mujahidah,

Untuk memperjuangkan Agama Allah….
Bangkitlah….


 
 


 

 
 
 
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)

Thursday 15 November 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434 H


 

Kami dari GAMIS CAWANGAN KELANTAN mengucapkan salam MA’AL HIJRAH 1434H..Kepada Sahabat2 serta kaum muslimin…J mari lah sama2 kita meningkatkan amalan serta memperbaiki amalan2 kita sempena sambut tahun baru hijrah ini, semoga amalan kita lebih baik dari sebelumnya…J ~semoga kita diredhai oleh Allah setiap amalan kita~

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdhal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jom sama-sama kita amalkan...
Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah SWT..
[JOM HIJRAH, Kini Sudah Tiba Masanya]

Saturday 3 November 2012

Sekalung Tahniah & Takziah buat Pimpinan GAMIS Pusat


Share


Kota Bharu - 03 N0v 2012, GAMIS Negeri Kelantan mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh pimpinan GAMIS pusat yang mana telah berlangsung pada 2 & 3 Nov 2012.Mesyuarat Agung Tahunan merupakan salah satu agenda tahunan bagi sesebuah organisasi kepimpinan bagi memberi ruang kepada ahli untuk bermuhasabah dan menilai sesi pentadbiran pada kali ini seterusnya membuat penambahbaikan bagi sesi kepimpinan akan datang
 
Hakikat yang harus kita akui adalah,kepimpinan itu bukanlah suatu ‘tasyrifan’ (kemuliaan) semata-mata, tetapi ianya merupakan ‘taklifan’ (tanggungjawab dan amanah) yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh setiap  pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh ahli-ahli di bawah kepimpinannya.
 
Rasulullah S.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
 
"kepimpinan adalah suatu amanah dan di akhirat kelak ia akan menjadi kehinaan dan penyelasan kecuali bagi mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan didalamnya”
 
GAMIS Negeri Kelantan selaku rakan seperjuangan  bagi sesi 2011/2013 merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan GAMIS pusat sesi lepas yang telah banyak mencurahkan khidmat dan jasa yang terbaik bagi   Menerajui gerakan mahasiswa dalam memimpin kebangkitan dengan kesedaran Islam. 

Sekalung tahniah buat saf kepimpinan  Presiden (GAMIS) yang diketuai oleh saudara Akram Ikrami.Taib Azamudden selaku mantan Presiden (GAMIS) yang telah selesai bersidang dalam Muktamar Sanawi kali ini.. Terima kasih atas khidmat dan bakti cemerlang sepanjang kepimpinan.
Seluruh kepimpinan GAMIS Negeri kelantan mengucapkan tahniah dan takziah juga kepada Presiden GAMIS  12/13, Saudara Muhamad Azan Safar (UKM) serta kepimpinan yang baru dilantik. Semoga GAMIS terus melangkah dengan agenda dakwahnya didalam melahirkan generasi da'ei dan terus memacu agenda membangun mahasiswa.Perjuangan perlu diteruskan bersama dengan kepimpinan yang telah di berikan amanah kepada mereka. Sesungguhnya amanah kepimpinan adalah suatu yang besar dan berat tanggugjawabnya.Mudahan kita mampu menghadapinya.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبدَ الرحمنِ لا تَسْأَلِ الإمَارَةَ فَإنَّكَ إِنْ أُوتِيتَها عن مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إليها وإِنْ أُعْطِيتَها مِن غيرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)
Memegang satu tampuk kepimpinan adalah satu perkara yang berat. Sekiranya disusun dengan perancangan yang baik dan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, insya Allah segalanya akan berjalan dengan baik. Sesungguhnya kepimpinan itu bukanlah tasyrifan (kemuliaan) namun ianya adalah satu amanah dan taklifan buat insan itu sendiri.

SEKALI LAGI kami dari pimpinan GAMIS Negeri Kelantan mengucapkan TAHNIAH DAN TAKZIAH Buat saff 
kepimpinan baru Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Sesi 2012/2013 : 
Barisan Kepimpinan Gamis Sesi 2012/2013

Presiden : Muhamad Azan Safar (UKM)

Tim
balanPresiden : Mohd Eikhwan Bin M.Ali (UIA)

Pengerusi SIGMA : Aqilah Mukhtar (UPM)
Timbalan Pengerusi SIGMA : Nur Adiela Kamarizzaman (UIA)

Naib Presiden (Strategik & Mobilasi Massa) : Syis Abd Kadir (UM)
Naib Presiden (Jaringan Kampus) : Mohd Faiz Ismail (UPSI)

Setiausaha : M.Farid Hadhari M.Rusdi (USIM)
Timbalan Setiausaha 1 : Adilah Hafizah Abd Halim (UPSI)
Timbalan Setiausaha 2 : Hamiza Hani Omar (UKM)

Bendahari : M.Nazrin Bin M.Zohir (KUIS)
Timbalan Bendahari : Nur Liyana Omar (UKM)

Ketua Penerangan : Mohd Khairul Izzaz B. Ismail (UIA)
Timbalan Penerangan : Siti Rabiatul Adawiyah (UM)

Majlis Politik Nasional :
Pengerusi: Ahmad Afif Zulkipli (UKM)
Timbalan: Sofwatul Aufa Bakri (UM)

Majlis Dakwah dan Kebajikan :
Pengerusi: Mohd Syakirin Bin Md Zahar (UPM)
Timbalan: Atikah Abd.Rahman (UIA)

Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan Nasional :
Pengerusi: Muhd Afdzal Shahabuddin (USIM)
Timbalan: Siti Fatimah Rosli (UM)

Mudahan kita semua berada dalam jalan ini dengan penuh istiqamah..

siiru a'la barakatillah...