Tuesday 12 February 2013

Say NO to Valentine Day




Valentines Day: Antara Cinta dan Dosa


       14 Februari,tarikh yang sinonim dengan satu perayaan ataupun sambutan ‘Hari Kekasih’ dalam kalangan remaja pada masa kini. Meski sudah banyak fatwa sudah dicanang bahawa Islam melarang perayaan ini,namun masih terdapat ramai remaja Islam yang merayakannya. Dengan alasan mereka cuma ingin menyatakan rasa kasih dan cinta terhadap pasangan masing-masing.

      Adakah mereka tahu dari mana asal usul sambutan perayaan ‘Valentines Day’ ini? Terdapat banyak pendapat tentang asal-usul Valentines Day. Salah satunya adalah seperti berikut.Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

       Daripada cerita ini dapatlah disimpulkan bahawa sambutan perayaan Valentines Day tiada kaitannya langsung dengan Islam. Tambahan pula remaja kita hari ini menzahirkan rasa kasih dan cinta pada hari Valentine itu terhadap kekasih hati mereka yang masih belum tentu akan menjadi pasangan hidup mereka sebagai suami atau isteri. Bukankah perbuatan bercinta sebelum bernikah itu sudah terang dan jelas haram? Bagi mereka yang mempunyai akal yang sihat pasti dapat memahami mengapakah Allah melarang perbuatan tersebut. Sewaktu Ijab Kabul diucapkan, Allah telah menanamkan rasa kasih sayang pada pasangan tersebut. Sedangkan ketika saat orang berpacaran yang memberikan rasa kasih sayang itu adalah syaitan. Tapi bukan menanamkan kasih sayang ,hanya membunga-bungai menjadikan yang buruk menjadi indah. Pernikahan menjadikan yang haram menjadi halal. Dengarlah peringatan yang telah Allah sampaikan pada kita. Jangan sampai kita tergelincir pada lumpur dosa dan penyesalan yang tiada berakhir. Allah berfirman ertinya : Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(QS. Al- Israa: 32)
Hanya Islam Agama Pilihan Allah 
ALLAH Taala telah memilih Islam sebagai agama kita. Bahkan, Allah tidak akan sesekali menerima agama lain selainnya. Dengan itu, segala agama selain Islam di dunia ini adalah agama yang bathil, tidak benar. Mereka tidaklah mendekati Allah dengan melakukan amalan-amalan keagamaan mereka, bahkan perkara tersebut menambahkan lagi kesesatan yang berada dalam tubuh mereka. Allah Taala berfirman:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Maksudnya: Sesungguhnya, agama (yang benar) disisi Allah hanyalah Islam.
[Ali Imran: 19]
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: Dan siapa yang memilih selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima (segala amalan) darinya, dan dia di akhirat kelak termasuk dalam golongan orang yang rugi (ahli Neraka).
[Ali Imran: 85]
Rasulullah  pula berkata:
وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِى أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِىٌّ وَلاَ نَصْرَانِىٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِى أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
Maksudnya: Demi diri Muhammad ditanganNya, aku tidak pernah mendengar seorangpun dari umat ini seorangp Yahudi mahupun Kristien ang kemudian mati (dalam keadaan) tidak beriman dengan apa yang aku sampaikan dengannya, melainkan mereka dari kalangan penghuni Neraka.
[Direkodkan oleh Muslim]
        Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
        Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.


RENUNGAN
Kita sanggup untuk memperingati kekasih pad hari Valentine dan menunggu detik 12 malam untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Kekasih’ kepada pasangan. Tapi sanggupkah kita berselawat kepada Rasulullah untuk menunggu ambang 12 Rabiul Awal? Apa yang kita lakukan ketika itu? Layakkah kita mengaku mencintai Rasulullah?