Friday 14 June 2013

HARI UNTUKMU SYIRIA - GAMIS KELANTAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

14 Jun 2013 



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Speaker Corner berkenaan isu Syria pada pukul 10.30 pagi. Bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu program ini adalah salah satu wasilah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat awam akan situasi sebenar yang berlaku di bumi bergolak tersebut.
Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden GAMIS Kelantan, Muhammad Anas Bin Malik. Menurut beliau, program ini diadakan bagi menyatakan sokongan padu mahasiswa berkaitan isu yang berlaku di Syria selain menyahut seruan sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang mengisytiharkan bahawa umat Islam di seluruh dunia perlu menjadikan Jumaat ini  (14 Jun 2013) sebagai Hari Untukmu Syria.
Sepanjang program ini berlangsung, tabung-tabung derma serta risalah berkaitan isu Syria turut diedarkan kepada masyarakat yang hadir.  Program ini juga secara tidak langsung dapat mengadakan kutipan dana bagi disalurkan terus kepada saudara kita di Syria.
Program ini bertujuan untuk menyebarkan perihal yang berlaku di Syria memandangkan masih ramai lagi di antara masyarakat setempat yang kurang cakna mengenai isu global umat yang berlaku di sana. Tentera Rejim sanggup membunuh namun dunia Islam hari ini masih lagi mendiamkan diri. Dalam ucapan aluan lagi, beliau turut menyatakan harapan agar program ini sedikit sebanyak akan dapat membuka mata dan minda masyarakat tentang pentingnya isu ini serta masyarakat lebih prihatin dan bertindak menyokong kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman di sana.

            Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan oleh wakil mahasiswa, Ahmad Syamil Bin Mohd Kamil.  Beliau menyeru masyarakat bersama-sama dengan gerakan Revolusi Syria untuk menentang pemerintahan zalim.  Beliau turut menceritakan beberapa bentuk kezaliman yang berlaku di Syria sepanjang tempoh Saurah. Antaranya adalah:
1.Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2.Seramai 39000 orang telah cedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3.Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
Selain itu, video-video di You Tube juga ada menunjukkan kekejaman serta kezaliman yang dilakukan tentera Rejim Basyar Assad.  Setelah menangkap rakyat Syria, mereka tidak terus membunuh, namun mereka menyeksa dahulu rakyat Syria. Menurut beliau lagi, melihat kepada kekejaman yang berlaku, antara peranan serta pertolongan kita sebagai seorang muslim adalah:
1.Mendoakan saudara kita di Syria.
2.Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
3.Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.
Beliau berharap agar kita bersama-sama mendoakan serta berharap agar Rejim Basyar tumbang.  Beliau mengakhiri ucapan dengan laungan Takbir. Allahuakhbar!!!

~BERAMAL KERANA ALLAH~
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kata Saidina Ali ra; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81; “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.



edaran risalah






[GAMIS BERSAMA PEMUDA PAS MEMPERJUANGKAN SYIRIA]

Ucapan aluan yang disampaikan oleh Presiden GAMIS KELANTAN Al-Akh Muhammad Anas b Malik

 SYRIA NEED YOU!!

 Rakyat Kelantan turut memberi sumbangan untuk saudara kita di Syiria

GAMIS KELANTAN bersama AKTIVIS SYIRIA

No comments:

Post a Comment