Umat Islam terus diuji dengan peristiwa berdarah . Jika isu Palestine tentang mempertahankan Masjidil Aqsa , Indonesia dengan isu 2 juta orang Islam murtad setiap tahun , kini isu Rohingya menjadi taruhan iman umat Islam .Isunya , proses 'pembersihan' etnik yang sangat dasyat . Pembakaran rumah dan perkampungan orang Islam di bandar Kyauktaw , di kawasan hulu Sungai Kaladan menjadi kebanggaan oleh perusuh Rakhine . Tidak cukup dengan itu , umat Islam Rohingya tidak kira tua , muda , lelaki , wanita dan kanak kanak dibiarkan diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh . Episod-episod kekejaman dan kerakusan dilalui sehingga lebih 2,000 umat Islam Rohingya telah terkorban .
Oleh itu, GAMIS Kelantan menyeru semua umat Islam khususnya mahasiswauntuk bersama memperjuangkan nasib umat Islam di seluruh dunia yang ditindas.Tambahan pula , pada bulan Ramadhan 1433H ini , usaha ini perlu dipergiatkan sesuai dngan tema bulan perjuangan.
Di samping itu , golongan mahasiswa perlu menjadi agen menyebaran maklumat , baik maklumat berbentuk digital , cetak ataupun lisan.
Justeru itu , GAMIS Kelantan amat menyokong bersolidariti dengan usaha murni GAMIS Pusat .
Berikut adalah badan yang membuat kutipan
MAPIM
Akaun Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (MAPIM)
BIMB bernombor 12047010037282
No comments:
Post a Comment