Thursday 12 April 2012

Santai Anak Muda Bersama Isu PTPTN & Pendidikan Percuma










13 April 2012 (Jumaat) Salam Anak Muda.Alhamdulillah, Gamis Negeri Kelantan telah menganjurkan Speaker Conner yang bertajuk Rasionalkah Pendidikan Percuma di Negara kita.Speaker Corner ini  telah di adakan pada hari Jumaat, Bertarikh 13.4.2012, bertempat di Medan Ilmu,Kota Bharu,Antara Pemidato yang telah ditampilkan pada hari tersebut ialah ,Wakil Gamis Kelantan & Wakil Kampus Kias ,Pentas Spekear corner telah dihangatkan dengan isu-isu Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi.

Walaupun Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia (pendidikan pengajian tinggi percuma) adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil dan perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya (era Gaddafi) pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.

Apa yang kita maklum,sehingga kini Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

Oleh itu, Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja' over time' siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang graduasi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.

Antara Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :
Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka

Oleh itu, Ayuh Anak muda Bangkit Demi mempertahankan Hak Kita..Hidup Anak Muda Menegakkan daulah Islamiah.





No comments:

Post a Comment