Monday, 31 December 2012
Tuesday, 25 December 2012
PROGRAM BAKTI SISWA
25 disember 2012,(SELASA),
telipot kota bharu, Sempena cuti
Umum . Alhamdulillah Markaz Siswazah Kelantan MSK & GAMIS KELANTAN
telah mengadakan PROGRAM BAKTI SISWA bersama Guru2 Sekolah tersebut dari wakil GAMIS seramai 25 orang ada yang dr KIAS, UMK,
& USM yang berbentuk gotong royong di SEKOLAH TAHFIZ DARUL SALAM DI TELIPOT
KOTA BHARU KELANTAN. Program ini bertujuan
mengeratkan Silaturrahim dengan masyarakat bermula jam 10 pagi berkumpul di
Masjid telipot dan segera ke Sekolah tersebut. Bangunan tersebut dahulunya
merupakan bangunan yang terbiar dan sekarang telah diambil alih oleh salah
seorang tenaga pengajar disitu yang begitu cakna tentang pendidikan Islam. Pelajar-pelajar
disitu terdiri daripada berumur dari 6-17 tahun keatas. Sistem pengajian disitu
berbentuk pendidikan Islam & Hafazan Al-Quran. Oleh itu, kami dari GAMIS
& MSK mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua yang terlibat dengan
ucapan SYUKRAN JAZILAN... HARAP DAPAT
ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN :) TAKBIR!!!!!!
Sunday, 25 November 2012
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KAMPUS USM KAMPUS KESIHATAN
KAMI BERSAMAMU PALESTIN..
Kami dari GAMIS KELANTAN mengucapkan tahniah kepada kampus USM kerana telah BERJAYA mengadakan Program Solat HAjat Perdana dan Talk bertajuk 'News From Palestine' TELAH DIADAKAN
~ PADA TARIKH: 22 NOV 2012 (KHAMIS)
~oleh Doctor Mahmoud Abu Marzouk dari Gaza diiringi Ustaz Wan Sharafi, Timb. Presiden Cakna Palestin sebagai penterjemah.
hadirin yg hadir sedang mengaminkan doa "Ya Allah Selamatkan Palestin" "hancurkan Israel yg menzalimi orang2 Islam di Palestin" Amin......
wallahua'lam.
Saturday, 24 November 2012
PIDATO ~SELAMATKAN UMAT ISLAM GHAZZAH~
GAMIS KELANTAN MENYERU MASYARAKAT MENGAMBIL CAKNA ISU UMAT ISLAM
Tarikh
: 22 November 2012 (Khamis)
Masa
: 7.00 malam –8.30 malam
Tempat : Masjid Ar-Rahman, Kok Lanas
Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
(GAMIS), Cawangan Kelantan
Turut Hadir : Wakil-wakil NGO, Misi Cakna Palestin & Pembina
Kelantan.
Apabila
umat Islam di seluruh dunia sibuk untuk menyambut tahun baru Hijrah, umat Islam
di Palestin huru-hara apabila ‘menyambut’ serangan roket rejim Israel. Seperti
yang kita ketahui sebelum ini, penduduk bumi Gaza telah diserang dengan begitu
kejam oleh Israel Laknatullah dan ramai diantara mereka yang mati syahid.Dengan
itu,untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar, Gabungan Mahasiswa Islam
Se-Malaysia (GAMIS), Kelantan telah menganjurkan pidato “Selamatkan Umat Islam
Ghazzah” yang berbentuk forum tentang bantahan terhadap isu keganasan di
Gaza yang diadakan di Masjid Ar-Rahman
kok lanas. Pemidato yang pertama selaku pembuka tirai disampaikan oleh saudara
Azree (wakil Pimpinan Gamis Kelantan), pemidato seterusnya yang disampaikan
oleh Ustaz Hadi (wakil Pembina) dan diakhiri oleh Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood
(Wakil Sekreteriat Cakna Palestin) itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat luar tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel Laknatullah
terhadap penduduk di Gaza,Palestin.
Antara
pengisian penting yang kami dapat kutip sepanjang slot tayangan video tentang
penderitaan penduduk Gaza dan pidato oleh kedua wakil NGO tersebut ialah
bagaimana tentera HAMAS al-Qassam berhempas pulas mengangkat senjata untuk
melawan musuh Islam iaitu zionis Israel laknatulah itu.Walaupun kami tidak
mampu mengangkat senjata memerangi zionis,namun doa kami sentiasa mengiringi
perjuangan mereka disana. Kami juga telah mengakhiri pidato’’Selamatkan Umat
Islam di Ghazzah’’dengan menunaikan solat Sunat Hajat untuk saudara kita di
Palestin.Oleh itu,kami berharap semua masyarakat kawasan berdekatan yang hadir
pada malam itu mendapat input yang berguna disamping memberi kesedaran tentang
pentingnya untuk kita mempertahankan agama Islam kita daripada menjadi sasaran
perang zionis Israel laknatullah.’’Jauhi Kekerasan untuk bebaskan kekejaman
Israil Laknatullah...Allahuakhbar!!’’
Pemidato yang disampaikan oleh ustaz Hadi
Ustaz Nik Mahadi
Cawangan Kelantan
HADIRIN YANG HADIR
Wednesday, 21 November 2012
UCAPAN TAHNIAH
SELAMAT PENGANTIN BARU

Assalamualaikum...Kami dari pimpinan GAMIS KELANTAN mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua mempelai USTAZ NOR HISSYAM & USTAZAH LIYANA yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 9 november 2012, Ustaz Hissyam merupakan mantan setiausaha GAMIS Kelantan pada sesi 2011, semoga bait muslim yang dibina dapat meneruskan legasi generasi mujahidin yang dapat memberi sumbangan besar kepada Islam di Malaysia khususnya...
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمعا بينكما في الخير.......:)
Daripada: MOHAMMAD SABRI BIN HUSSIN (PRESIDEN GAMIS NEGERI KELANTAN) & PIMPINAN YANG LAIN....
KENYATAAN RASMI PRESIDEN GAMIS KELANTAN ,BANTAHAN TERHADAP KEKEJAMAN ISRAEL KEATAS GAZA
"orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai
Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam
itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah
(sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".[Al-Baqarah
Ayat 120]
Wahai Anak Muda, sebagaiman kita mengetahui..setiap awal kali awal muharram, hati umat Islam dicabar dengan pembantaian umat islam di Gaza.Apa alasan mereka?tidak lain adalah mereka menyatakan bahawa 'bumi' mereka telah diceroboh, ini adalah suatu alasan yang tidak dapat di terima akal, kerana apa! tidak dan tidak bukan negara yang mereka berpijak adalah bumi haram yang mereka rampas dari umat islam dengan nama kemanusian! oelh sekutu-sekutu mereka.
Wahai anak muda! Gamis Negeri Kelantan menyeru kepada semua pemuda pemudi harapan Islam..Ayuh kita bangkit, bersama-sama menentang dalam apa segala bentuk supaya mereka merasakan umat Islam seluruh dunia tidak sesekali Redha dengan kewujudan mereka!.Anak Muda!..Jangan kamu tidur, sesungguhnya musuh kamu tidak pernah tidur untuk menghancurkan kamu!
Mohamad Sabri bin Mohamed Husin
Presiden Gamis Negeri Kelantan
FLASHMOB FOR GAZA
SAVE GAZA
Solidariti Bantahan
Kekejaman Israel Laknatullah Ke Ke Atas Gaza...Persatuan Mahasiswa KIAS(PMKIAS)
Bersama Mahasiswa Baru KIAS Minggu Ukhuwah Islamiyah(MUI 2012)...
Nilam Puri,
20 november 2012, Alhamdulillah Berjaya mengadakan flashmob for GAZA anjuran
Persatuan Mahasiswa Kilej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS)
kerjasama Gamis Kelantan, dengan bertemakan Situasi : Solidariti Bantahan Kekejaman Israel
Laknatullah Ke Ke Atas Gaza...Persatuan Mahasiswa KIAS(PMKIAS) Bersama
Mahasiswa Baru KIAS Minggu Ukhuwah Islamiyah(MUI 2012)... menunjukkan rasa kecaknaan mahasiswa
dalam isu kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Mereka
telah dibunuh hidup2, kanak-kanak yang tidak berdosa, perempuan2 yg turut
dizalimi dengan kejam…. Ya Allah Selamatkan mereka Ya Allah….
BENJAMIN WAKE UP!!!!!! YOUR TIME IS UP... FREE PALESTINE NOW!!! WE LOVE GAZA
PRESIDEN PMKIAS & PRESIDEN GAMIS KELANTAN turut sama juga
MAHASISWA SEDANG MENURUNKAN TANDATANGAN MENANDAKAN bantahan kezaliman Israel keatas Palestin
~ MAHASIWA CAKNA PALESTIN~
Ya Allah Selamatkan palestin dari kekejaman Israel Laknatullah.....
Sekalung Tahniah & syabas diucapkan kepada PMKIAS kerana berjaya adakan flashmob ini
Tuesday, 20 November 2012
wahai mujahidin mujahidah..
Ya Allah Selamatkan Palestin...
Wahai mujahidin mujahidah.......
Peperangan di Palestin masih tercetus
Kemanakah engkau wahai pejuang Allah???????
Kembalilah…………..kembalilah
Kembalilah engkau untuk memperjuangkan Islam,
Kembalilah engkau untuk memperjuangkan Agama
Allah,
Sampai bilakah engkau mahu mendiamkan
diri??
Wahai mujahidin mujahidah ……
Sanggupkah engkau melihat rakyat palestin
menderita????
Mereka ditempak, dibunuh, ditindas dengan
begitu kejam & teramat-amat kejam.
Wahai mujahidin mujahidah….
Anak-anak kecil yang tidak berdosa dan
Perempuan-perempuan yang lemah
Menjadi mangsa kekejaman zionis.
Ya Allah……ya Allah…..
Para syuhada’ bermandikan darah demi
memperjuangkan agama Allah,
Tapi engkau sanggup melihat mereka
dizalimi,
Sedangkan engkau wahai mujahidin mujahidah,
mereka memerlukan kekuatan daripada engkau
untuk bersama meneruskan perjuangan ini.
Bangkitlah…….bangkitlah….bangkitlah wahai
mujahidin mujahidah,
Untuk memperjuangkan Agama Allah….
Bangkitlah….

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)
Thursday, 15 November 2012
SALAM MA'AL HIJRAH 1434 H
Kami dari GAMIS
CAWANGAN KELANTAN mengucapkan salam MA’AL HIJRAH 1434H..Kepada Sahabat2 serta
kaum muslimin…J mari lah sama2
kita meningkatkan amalan serta memperbaiki amalan2 kita sempena sambut tahun
baru hijrah ini, semoga amalan kita lebih baik dari sebelumnya…J ~semoga kita
diredhai oleh Allah setiap amalan kita~
ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di
sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan
langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama
yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat
itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa
sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya
empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah,
Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan
Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya
tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang
paling afdhal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah
puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang
difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram,
terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan
larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram
lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan
soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.
Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan
secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi
ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah
merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan
Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan
manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram,
iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau
negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya
pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah
dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan
untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau
diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan
untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.
Amalan sunnah Muharam
Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam
adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal
setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut
adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam
bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk
sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati
orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi
bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari
di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka
Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut
serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada
kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk
berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada
awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain
untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa
di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa
pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan,
“Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang
tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad
untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga
bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari
Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat
berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi
dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH
kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi
belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis
Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di
hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut
disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura
sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH
agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Jom sama-sama kita amalkan...
Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah SWT..
[JOM HIJRAH, Kini Sudah Tiba Masanya]
Subscribe to:
Posts (Atom)