Wednesday, 23 January 2013
Wednesday, 2 January 2013
DAKWAH LAPANGAN
JELAJAH MALAM TAHUN BARU
Alhamdulillah, pada 31 Disember 2012,
GAMIS Kelantan telah melaksanakan satu program dakwah lapangan sempena
menyambut tahun baru 2013. Program ‘Jelajah Malam Tahun Baru’ ini Berjaya
mengumpul seramai 187 orang mahasiswa pada awalnya, namun bilangannya bertambah
semasa pendaftaran dilakukan. Antara wakil yang terlibat ialah dari Universiti
Sains Malaysia Kubang Kerian, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Mohamad Faris
Petra, Universiti Malaya Nilam Puri, Universiti Malaysia Kelantan, serta
Politeknik Kota Bharu.
Program
bermula dengan pendaftaran pada pukul 6.00 petang dimana semua mahasiswa diminta
untuk berkumpul di surau yang bertempat di Balai Islam, Lundang. Walaupun dalam
keadaan hujan yang lebat, namun sedikit pun tidak menjejaskan semangat juang
anak-anak muda ini untuk turut terlibat bagi menjayakan program dakwah lapangan
ini malah mahasiswa/wi yang hadir lebih ramai dari yang dijangkakan menyebabkan
pembahagian kumpulan terpaksa dilakukan sekali lagi.
Selepas
solat maghrib, program diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada
pengarah program, Ustaz Azree b Hj Mohd Ashaari dan diteruskan dengan ucapan
dari presiden GAMIS Kelantan serta taklimat pembahagian kumpulan oleh Ustaz
Mohamad Sabri bin Mohamed Husin. Antara tempat yang telah dirancang ialah di sekitar
Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa, tengah Bandar Kota Bharu, stadium utama,
tesco, Jam besar, sekitar Masjid Muhammadi, sekitar Hayaki, Jalan Hamzah, Limau
Manis, Berek 12, Wakaf Che Yeh, dan Pantai Cahaya Bulan.
Selepas
solat Isya’, semua peserta dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing untuk diterangkan
serba sedikit mengenai persiapan sebelum
ke tapak dakwah lapangan masing-masing. Dalam kumpulan ini, peserta diterangkan
mengenai keselamatan semasa berada di lokasi dakwah yang disampaikan oleh ketua
kumpulan masing-masing.Mahasiswa/wi diberikan beberapa keping risalah untuk
diedarkan kepada masyarakat umum. Dalam pukul 9.15 malam, semua peserta
bergerak ke tempat sasaran dengan kenderaan masing-masing .
Program
berakhir dimana semua peserta berkumpul di medan usahawan yang bersebelahan dengan stadium
utama di Kota Bharu. Mahasiswa/wi bersurai selepas sesi bergambar beramai-ramai
dengan laungan ‘student power!’ diiringi dengan laungan ‘takbir!’.
SELAMAT TAHUN BARU 2013
SALAM TAHUN BARU 2013...:)
Kami dari PIMPINAN GAMIS mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013, "Tulisla perancanganmu dengan pensel, kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH s.w.t.... izinkanlah ALLAH memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu, & menggantikan dengan rancangan yang lebih baik.. kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita. mungkin yang seperti manusia sangka, selalu ada hikmah disebalik rancangan yang ALLAH siapkan,...Khas untuk kita hambaNYA yang berIMAN...insyaALLAH...Azam Baru Adalah Hasil Muhasabah Sebelum ini..., Jom sama2 kita muhasabah & perbaiki amalan kearah kebaikan & diredhai & diberkati ALLAH,,,Amin..InsyaALLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)