Monday, 23 July 2012

Meja Bulat "Rethinking Student Movement Reform"


Inspirasi Anak Muda (INSPIRASI) menganjurkan persidangan meja bulat "Rethinking student movement reform" pada 22 julai lalu bertempat di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Tujuan persidangan ini untuk:

(1) Menyediakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara.

(2) Meningkatkan kesedaran penyertaan mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan Malaysia

(3) Menentukan hala tuju penyelesaian alternatif terhadap sesuatu isu yang berlaku.


Persidangan tersebut membuahkan resolusi yang disepakati oleh semua barisan mahasiswa yang hadir, antaranya:

(1) Menganjurkan kongres gerakan mahasiswa Islam Malaysia bagi menyatukan semua barisan gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dan membincangkan isu-isu umat Islam di seluruh dunia.

(2) Bertindak terhadap isu umat Islam seperti di Syria dan Burma secara drastik.

(3) Turut serta menyatakan bantahan terhadap akta zalim ISA dan juga memperjuangkan nasib tahanan ISA.

Persidangan ini tercetus hasil daripada kebangkitan rakyat di seluruh dunia. INSPIRASI yakin bahawa kebangkitan ini perlu diperhalusi dan juga diadun dengan ‘iklim' Malaysia supaya ia mampu diadaptasikan dalam gerakan mahasiswa Islam di Malaysia khususnya.

Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil barisan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Haluan-Siswa dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


  • Mohd Eikhwan M Ali
  • pengerusi INSPIRASI
  • 10:47AM Jul 23 2012

Tuesday, 26 June 2012

Presiden Mesir : Ikhwanul Muslimin



Alhamdulillah , sehamparan rasa bahagia dan syukur dipanjatkan kepada Rabbul Izzati yang telah mengurniakan kita iman dan Islam. Selautan rasa nyaman dan indah dengan mengimani akidah yang benar , Islam "deen wa daulah".Selawat dan salam buat Rasul s.a.w yang telah mengerah kudrat dan keringat memperjuangkan Islam ini walau dihalang seribu ujian.

Pengisytiharan calon Ikhwanul Muslimin sebagai Presiden Mesir , Dr Mohamed Morsi disambut dengan sahutan Allahuakbar oleh para pejuang di Dataran Tahrir , Kaherah .Dr Morsi menewaskan lawannya dengan perbezaan undian hampir 1 juta undi .


Lantaran itu , dengan kebangkitan Islam ini pihak GAMIS Kelantan ingin mempersembahkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr Morsi yang telah menang dalam pilihan raya Mesir . Tidak lupa kepada saff pejuang yang tidak kenal erti putus asa dalam menegakkan Islam walau dimana juga kalian berada .Semoga dengan kebangkitan negara-negara Islam ini, akan membangkitkan dan mengukuhkan lagi semangat para pendokong untuk terus menyambung rantaian Rasulullah s.a.w






disediakan oleh , 
Aqila Izzaty
Timbalan Setiausaha GAMIS Kelantan