Sunday, 14 April 2013

JELAJAH ANAK MUDA KELANTAN

JELAJAH GELOMBANG ANAK MUDA TOLAK UMNO/BN
"MAHASISWA PENCETUS PERUBAHAN"

          Alhamdulillah .... GAMIS KELANTAN dengan kerjasama GAMIS PUSAT & NGO2 lain berjaya menghimpunkan tandatangan anak muda di Negeri Kelantan yang sokong TOLAK UMNO/BN dengan membawa 7 AGENDA TOLAK UMNO/BN:
1)      UMNO /BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruh rakyat demi survival politik mereka.
2)      UMNO / BN gagal mengurus ekonomi Negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup tinggi.
3)      UMNO /BN mengamalkan rasuah dan kronis sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran Negara.
4)      UMNO / BN campur tangan dalam institusi pengajian tinggi dan menyekat kebebasan akademik mahasiswa dan universiti.
5)       UMNO / BN telah melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi Negara dan perjalanan pilihanraya.
6)      UMNO / BN telah menafikan hak rakyat dan mengadakan kepentingan bangsa Melayu dan pilihanraya.
7)      UMNO / BN gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak asas golongan itu.

 pelancaran GELOMBANG ANAK MUDA TOLAK UMNO/BN di Medan Ilmu

 NGO ROYALTI juga bersama ANAK MUDA TOLAK UMNO/BN

 ORANG RAMAI MENURUNKAN TANDATANGAN MENANDAKAN SOKONGAN TOLAK UMNO/BN DI PRU 13

 berjalan beramai2 anak muda TOLAK UMNO/BN menuju ke depan parkson..
 di depan parkson kami dapat tahu sblm kami sampai di depan parkson ada NGO TUKAR duk buat demontrasi jugak apabila kami tiba diorang terus lari...:)

 kami juga masuk pasar siti khadijah...
dapat sambutan yang baik bkn dari golongan muda saja tapi golongan mak cik pak cik pum sokong TOLAK UMNO/BN, kata mereka "lamo dh UMNO merintah negara, PRU ni nk suh PAKATAN  pulak merintah demi ISLAM...", hihihi 

  dari pasar siti khadijah ke depan jaafarawas dr di ikot oleh sekumpulan POLIS mungkin nk jaga keselamatan kami hihi

sekumpulan POLIS sedang memeriksa IC, dan mentaaruf presiden GAMIS PUSAT & GAMIS K
kami solat JUMAAT di Masjid Mahmudi Bachok, dan membuat speaker conner kpd penduduk Bachok & menuju ke program KEKAL 
KELANTANKU HIJAU
 AKTIVIS TOLAK UMNO/BN sedang mengutip tandatangan sokongan anak muda kelantan TOLAK UMNO/BN 

 ANAK MUDA TOLAK UMNO/BN
program kami brakhir disini...:)

"Kami dari Gamis Cawangan Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para aktivis TOLAK,  MSK, NGO R, CABAR, anak muda, mahasiswa seluruh kampus negeri Kelantan kerana sama2 turun & menjayakan JELAJAH ANAK MUDA TOLAK UMNO/BN. Semoga usaha kita yang sedikit ini membuahkan hasil yang maksimum. Dan Islam dapat tertegak di negara kita."

~BERAMAL KERANA ALLAH~
JOM MENYOKONG PEMERINTAH YANG ADIL MENGIKUT ISLAM YANG SUCI...
"MAHASISWA PENCETUS PERUBAHAN"  

Saturday, 23 March 2013

BITTAWFIQ WANNAJAH :)

"Tahap keyakinan diri menentukan pencapaian dunia akhirat. orang yg jauh drpd Allah perlukan penghargaan manusia dan cepat kecil hati dan membiarkan tindakan orang menentukan emosi mereka. mulakan dekat dengan Allah, apabila merasakan Allah lebih besar, manusia akan nampak kecil dan tidak akan rasa rendah diri apabila berjumpa dengan org yg nampak hebat kerana hanya Allah yg hebat"

Kepada semua MAHASISWA KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULATAN ISMAIL PETRA (KIAS)....bagi pihak GAMIS kelantan  mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semester ini......buat yang terbaik dan sehabis baik........

Di sini terdapat beberapa tips peperiksaan yang boleh dikongsi bersama:-
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Jika berjauhan, telefonlah.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan.
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Kepada semua WARGA pelajar IPG KPI....pihak JPP mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi semester ini......buat yang terbaik dan sehabis baik........

jom amalkan :)

TAHNIAH CEMERLANG SPM & STPM

kami dari pimpinan GAMIS KELANTAN  ingin mengucapkan tahniah kepada adk2 yg mendapat kecemerlangan dalam SPM dan STPM pd tahun ini...'Tahap keyakinan diri menentukan pencapaian dunia akhirat. orang yg jauh drpd Allah perlukan penghargaan manusia dan cepat kecil hati dan membiarkan tindakan orang menentukan emosi mereka. mulakan dekat dengan Allah, apabila merasakan Allah lebih besar, manusia akan nampak kecil dan tidak akan rasa rendah diri apabila berjumpa dengan org yg nampak hebat kerana hanya Allah yg hebat'
'orang berjaya ialah mereka yg memberi dgn ikhlas dan menerima dgn brsyukur. lihat berapa kali kita mengucap terima kasih kpd org dsekeliling kita . berapa kali kita mengucapkan penghargaan dbandingkan dgn kritikan? lihatlah kebaikan drpd melihat kesalahan. sifat kita selalunya jika betul 95peratus salah 5 peratus, kesalahan yg akan sentiasa disebut-sebut dan penghargaan tidak disebut. mereka xg yakin diri, punya harga diri tinggi suka menghargai sebaliknya mereka yg kurang yakin diri dan kurang harga diri payah menghargai. mari sama-sama audit diri kita'-mutiara kata dr prof muhaya 

Tuesday, 12 February 2013

Say NO to Valentine Day

Valentines Day: Antara Cinta dan Dosa

       14 Februari,tarikh yang sinonim dengan satu perayaan ataupun sambutan ‘Hari Kekasih’ dalam kalangan remaja pada masa kini. Meski sudah banyak fatwa sudah dicanang bahawa Islam melarang perayaan ini,namun masih terdapat ramai remaja Islam yang merayakannya. Dengan alasan mereka cuma ingin menyatakan rasa kasih dan cinta terhadap pasangan masing-masing.

      Adakah mereka tahu dari mana asal usul sambutan perayaan ‘Valentines Day’ ini? Terdapat banyak pendapat tentang asal-usul Valentines Day. Salah satunya adalah seperti berikut.Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

       Daripada cerita ini dapatlah disimpulkan bahawa sambutan perayaan Valentines Day tiada kaitannya langsung dengan Islam. Tambahan pula remaja kita hari ini menzahirkan rasa kasih dan cinta pada hari Valentine itu terhadap kekasih hati mereka yang masih belum tentu akan menjadi pasangan hidup mereka sebagai suami atau isteri. Bukankah perbuatan bercinta sebelum bernikah itu sudah terang dan jelas haram? Bagi mereka yang mempunyai akal yang sihat pasti dapat memahami mengapakah Allah melarang perbuatan tersebut. Sewaktu Ijab Kabul diucapkan, Allah telah menanamkan rasa kasih sayang pada pasangan tersebut. Sedangkan ketika saat orang berpacaran yang memberikan rasa kasih sayang itu adalah syaitan. Tapi bukan menanamkan kasih sayang ,hanya membunga-bungai menjadikan yang buruk menjadi indah. Pernikahan menjadikan yang haram menjadi halal. Dengarlah peringatan yang telah Allah sampaikan pada kita. Jangan sampai kita tergelincir pada lumpur dosa dan penyesalan yang tiada berakhir. Allah berfirman ertinya : Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(QS. Al- Israa: 32)
Hanya Islam Agama Pilihan Allah 
ALLAH Taala telah memilih Islam sebagai agama kita. Bahkan, Allah tidak akan sesekali menerima agama lain selainnya. Dengan itu, segala agama selain Islam di dunia ini adalah agama yang bathil, tidak benar. Mereka tidaklah mendekati Allah dengan melakukan amalan-amalan keagamaan mereka, bahkan perkara tersebut menambahkan lagi kesesatan yang berada dalam tubuh mereka. Allah Taala berfirman:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Maksudnya: Sesungguhnya, agama (yang benar) disisi Allah hanyalah Islam.
[Ali Imran: 19]
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: Dan siapa yang memilih selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima (segala amalan) darinya, dan dia di akhirat kelak termasuk dalam golongan orang yang rugi (ahli Neraka).
[Ali Imran: 85]
Rasulullah  pula berkata:
وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِى أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِىٌّ وَلاَ نَصْرَانِىٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِى أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
Maksudnya: Demi diri Muhammad ditanganNya, aku tidak pernah mendengar seorangpun dari umat ini seorangp Yahudi mahupun Kristien ang kemudian mati (dalam keadaan) tidak beriman dengan apa yang aku sampaikan dengannya, melainkan mereka dari kalangan penghuni Neraka.
[Direkodkan oleh Muslim]
        Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
        Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

RENUNGAN
Kita sanggup untuk memperingati kekasih pad hari Valentine dan menunggu detik 12 malam untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Kekasih’ kepada pasangan. Tapi sanggupkah kita berselawat kepada Rasulullah untuk menunggu ambang 12 Rabiul Awal? Apa yang kita lakukan ketika itu? Layakkah kita mengaku mencintai Rasulullah?

Wednesday, 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 H

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 H
 
"Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi cubaan & kemudahan itu selalu mengiringi sesusahan"

Wednesday, 2 January 2013

DAKWAH LAPANGAN

JELAJAH MALAM TAHUN BARU

Alhamdulillah, pada 31 Disember 2012, GAMIS Kelantan telah melaksanakan satu program dakwah lapangan sempena menyambut tahun baru 2013. Program ‘Jelajah Malam Tahun Baru’ ini Berjaya mengumpul seramai 187 orang mahasiswa pada awalnya, namun bilangannya bertambah semasa pendaftaran dilakukan. Antara wakil yang terlibat ialah dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Mohamad Faris Petra, Universiti Malaya Nilam Puri, Universiti Malaysia Kelantan, serta Politeknik Kota Bharu.
            Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 6.00 petang dimana semua mahasiswa diminta untuk berkumpul di surau yang bertempat di Balai Islam, Lundang. Walaupun dalam keadaan hujan yang lebat, namun sedikit pun tidak menjejaskan semangat juang anak-anak muda ini untuk turut terlibat bagi menjayakan program dakwah lapangan ini malah mahasiswa/wi yang hadir lebih ramai dari yang dijangkakan menyebabkan pembahagian kumpulan terpaksa dilakukan sekali lagi.

            Selepas solat maghrib, program diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program, Ustaz Azree b Hj Mohd Ashaari dan diteruskan dengan ucapan dari presiden GAMIS Kelantan serta taklimat pembahagian kumpulan oleh Ustaz Mohamad Sabri bin Mohamed Husin. Antara tempat yang telah dirancang ialah di sekitar Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa, tengah Bandar Kota Bharu, stadium utama, tesco, Jam besar, sekitar Masjid Muhammadi, sekitar Hayaki, Jalan Hamzah, Limau Manis, Berek 12, Wakaf Che Yeh, dan Pantai Cahaya Bulan.

            Selepas solat Isya’, semua peserta dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing untuk diterangkan serba sedikit mengenai  persiapan sebelum ke tapak dakwah lapangan masing-masing. Dalam kumpulan ini, peserta diterangkan mengenai keselamatan semasa berada di lokasi dakwah yang disampaikan oleh ketua kumpulan masing-masing.Mahasiswa/wi diberikan beberapa keping risalah untuk diedarkan kepada masyarakat umum. Dalam pukul 9.15 malam, semua peserta bergerak ke tempat sasaran dengan kenderaan masing-masing .

            Program berakhir dimana semua peserta berkumpul di medan usahawan yang bersebelahan dengan stadium utama di Kota Bharu. Mahasiswa/wi bersurai selepas sesi bergambar beramai-ramai dengan laungan ‘student power!’ diiringi dengan laungan ‘takbir!’.