Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Tuesday, 28 August 2012

55 tahun Merdeka

“Janji Ditepati” atau“Sebangsa, Sejiwa, Senegara”, pokok pangkalnya adalah keikhlasan dan kesungguhan kerajaan DAN pembangkang untuk membina, membentuk, mengukuhkan dan mempertahankan jati diri bangsa dan negara Malaysia.

Malaysia perlu diterajui kepimpimpinan yang menginspirasikan rakyat, menghormati aspirasi warganya, dan berkongsi senang susah bersama masyarakat.


Penghayatan terhadap kemerdekaan negara sangat penting untuk menyemai cita-cita dan menyuntik semangat rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan generasi muda terhadap tanggungjawab memastikan agar wujud dan terpeliharanya keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan di Malaysia. Kami yakin, ia perlu bermula dengan agenda memerdekakan bangsa dan negara daripada belenggu unsur-unsur yang meruntuh dan negatif.


Sempena ulangtahun kemerdekaan kali ke-55, kami kemukakan 5 Agenda Memerdekakan Bangsa DAN 5 Agenda Memerdekakan Negara sebagai satu cabaran dan amanah kepada pemimpin-pemimpin rakyat Malaysia untuk merealisasikannya :

5 Agenda Memerdekakan Bangsa


1. Memerdekakan bangsa daripada disogok dengan informasi yang tidak tepat dan tidak menyeluruh, sebaran berita fitnah, maklumat yang berat sebelah, pemikiran songsang dan pendidikan yang tidak seimbang.

2. Memerdekakan bangsa daripada anasir-anasir yang merosakkan perpaduan, menimbulkan ketegangan kaum, dan menggugat keharmonian variasi bangsa, budaya dan agama.


3. Memerdekakan bangsa daripada rasa tidak aman dan tidak selamat akibat perbuatan jenayah ragut, rompak, bunuh dan rogol yang kian menjadi-jadi.


4. Memerdekakan bangsa daripada gejala sosial dan gejala kuning, budaya hiburan melampau dan melalaikan, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan aktiviti seharian tidak seimbang.


5. Memerdekakan bangsa daripada dijadikan sebagai orang salah atau musuh negara dek kerana nasihat dan teguran mereka serta partisipasi dalam hal ehwal negara.



5 Agenda Memerdekakan Negara

1. Memerdekakan negara daripada kepimpinan yang tiada integriti, hilang wibawa, melakukan korupsi, pecah amanah dan salah guna kuasa.

2. Memerdekakan negara daripada institusi awam yang tidak bebas akibat campur tangan politik, dan gangguan serta cengkaman daripada pihak berkepentingan.


3. Memerdekakan negara daripada pencabulan ke atas hak rakyat untuk berpartisipasi memberi sumbangan secara fizikal dan mental, nasihat dan teguran dalam pembangunan negara.


4. Memerdekakan negara daripada ketempangan dalam pelaksanaan sistem demokrasi, dan pencabulan ke atas sistem pengasingan kuasa serta hak-hak federal dan negeri.


5. Memerdekakan negara daripada pembolotan harta untuk kroni, ketirisan kewangan, dan pengagihan kekayaan yang tidak saksama.


Kemerdekaan tidak hanya sekadar ulangan perayaan saban tahun, tetapi adalah proses berterusan yang menuntut kejujuran dan komitmen semua pihak untuk memastikan Malaysia aman, makmur dan sejahtera.


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55.


Merdeka Bangsa, Merdeka Negara, Malaysia Sejahtera

Wallahua’lam.

SHUKRAN SHAHARUDIN
Ketua Penerangan INSPIRASI

Monday, 23 July 2012

Meja Bulat "Rethinking Student Movement Reform"


Inspirasi Anak Muda (INSPIRASI) menganjurkan persidangan meja bulat "Rethinking student movement reform" pada 22 julai lalu bertempat di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Tujuan persidangan ini untuk:

(1) Menyediakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara.

(2) Meningkatkan kesedaran penyertaan mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan Malaysia

(3) Menentukan hala tuju penyelesaian alternatif terhadap sesuatu isu yang berlaku.


Persidangan tersebut membuahkan resolusi yang disepakati oleh semua barisan mahasiswa yang hadir, antaranya:

(1) Menganjurkan kongres gerakan mahasiswa Islam Malaysia bagi menyatukan semua barisan gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dan membincangkan isu-isu umat Islam di seluruh dunia.

(2) Bertindak terhadap isu umat Islam seperti di Syria dan Burma secara drastik.

(3) Turut serta menyatakan bantahan terhadap akta zalim ISA dan juga memperjuangkan nasib tahanan ISA.

Persidangan ini tercetus hasil daripada kebangkitan rakyat di seluruh dunia. INSPIRASI yakin bahawa kebangkitan ini perlu diperhalusi dan juga diadun dengan ‘iklim' Malaysia supaya ia mampu diadaptasikan dalam gerakan mahasiswa Islam di Malaysia khususnya.

Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil barisan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Haluan-Siswa dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).


  • Mohd Eikhwan M Ali
  • pengerusi INSPIRASI
  • 10:47AM Jul 23 2012

Wednesday, 4 April 2012

Sokongan GAMIS Kelantan,Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI)



Gamis Kelantan Menyokong sepenuhnya Gagasan yang diperjuangkan oleh Deklarasi Inspirasi Anak Muda Malaysia (INSPIRASI), yang mana Gagasan tersebut, mewakili seluruh anak muda Malaysia hari ini serta menyatakan kesungguhan dan komitmen mereka untuk menjayakan gagasan atau idea daripada komuniti anak muda terhadap pembentukan masa hadapan negara Malaysia yang lebih cemerlang untuk dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Besarlah harapan mereka agar gagasan ini disambut dengan penuh iltizam oleh pihak kerajaan, pemimpin politik dan ahli akademik.Di samping itu juga, gagasan ini mampu menyatukan seluruh masyarakat yang berada di Malaysia terutama anak muda.
Kita melihat hari ini malaysia kian parah dengan masalah-masalah yang sosial, korupsi dalam pentadbiran, sistem pendidikan yang kita lihat semakin tidak boleh diterima pakai pada hari ini. GAMIS Kelantan menyokong tindakan INSPIRASI melaksanakan gerakan melalui kesatuan yang dianggotai oleh pelbagai latar belakang dan variasi inspirasi organisasi anak muda bertujuan untuk membangkitkan kesedaran, menambah pengetahuan dan meningkatkan rasa tanggungjawab serta partisipasi anak muda terhadap agenda pembinaan negara Malaysia yang lebih cemerlang.


Berlandaskan Objektif yang telah di gariskan oleh INSPIRASI, seperti berikut:


Membentuk jaringan dan membina kesatuan dikalangan anak muda.
[ To connect youth ]


Mendidik masyarakat, khususnya anak muda terhadap tanggungjawab kenegaraan.
[ To educate people ]

Memperkenalkan dan mengenengahkan prinsip dan idea Islam sebagai penyelesaian dan asas pembangunan negara.
[ To introduce the Islamic principles as solution ]


Maka,kami GAMIS Kelantan akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap gagasan ini dalam membentuk generasi yang lebih produktif dan berkaliber untuk ummah dan Negara Malaysia. Anak Muda kini semakin bangkit dengan jiwa yang penuh semangat dalam membina kesatuan serta mendidik ummah berlandaskan Al Quran dan Sunnah.


Memandangkan INSPIRASI telah memperjuangkan enam gagasan yang meliputi lapangan Pendidikan, Perundangan, Ekonomi, Kerjaya, PolitiK, Sosial,di mana ia merupakan satu keperluan kepada anak muda dalam membentuk Ummah yang bakal mencorak masa depan Negara.Oleh itu,kami GAMIS Kelantan memberi sokongan sepenuhnya kepada INSPIRASI.Hidup ISNPIRASI Membentuk Daulah Islamiah.Semoga segala usaha murni ini mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t serta mencapai redhaNYA..sekian wassalam.