Tuesday, 12 February 2013

Say NO to Valentine Day




Valentines Day: Antara Cinta dan Dosa


       14 Februari,tarikh yang sinonim dengan satu perayaan ataupun sambutan ‘Hari Kekasih’ dalam kalangan remaja pada masa kini. Meski sudah banyak fatwa sudah dicanang bahawa Islam melarang perayaan ini,namun masih terdapat ramai remaja Islam yang merayakannya. Dengan alasan mereka cuma ingin menyatakan rasa kasih dan cinta terhadap pasangan masing-masing.

      Adakah mereka tahu dari mana asal usul sambutan perayaan ‘Valentines Day’ ini? Terdapat banyak pendapat tentang asal-usul Valentines Day. Salah satunya adalah seperti berikut.Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta diseksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

       Daripada cerita ini dapatlah disimpulkan bahawa sambutan perayaan Valentines Day tiada kaitannya langsung dengan Islam. Tambahan pula remaja kita hari ini menzahirkan rasa kasih dan cinta pada hari Valentine itu terhadap kekasih hati mereka yang masih belum tentu akan menjadi pasangan hidup mereka sebagai suami atau isteri. Bukankah perbuatan bercinta sebelum bernikah itu sudah terang dan jelas haram? Bagi mereka yang mempunyai akal yang sihat pasti dapat memahami mengapakah Allah melarang perbuatan tersebut. Sewaktu Ijab Kabul diucapkan, Allah telah menanamkan rasa kasih sayang pada pasangan tersebut. Sedangkan ketika saat orang berpacaran yang memberikan rasa kasih sayang itu adalah syaitan. Tapi bukan menanamkan kasih sayang ,hanya membunga-bungai menjadikan yang buruk menjadi indah. Pernikahan menjadikan yang haram menjadi halal. Dengarlah peringatan yang telah Allah sampaikan pada kita. Jangan sampai kita tergelincir pada lumpur dosa dan penyesalan yang tiada berakhir. Allah berfirman ertinya : Dan jangan kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(QS. Al- Israa: 32)
Hanya Islam Agama Pilihan Allah 
ALLAH Taala telah memilih Islam sebagai agama kita. Bahkan, Allah tidak akan sesekali menerima agama lain selainnya. Dengan itu, segala agama selain Islam di dunia ini adalah agama yang bathil, tidak benar. Mereka tidaklah mendekati Allah dengan melakukan amalan-amalan keagamaan mereka, bahkan perkara tersebut menambahkan lagi kesesatan yang berada dalam tubuh mereka. Allah Taala berfirman:
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Maksudnya: Sesungguhnya, agama (yang benar) disisi Allah hanyalah Islam.
[Ali Imran: 19]
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: Dan siapa yang memilih selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima (segala amalan) darinya, dan dia di akhirat kelak termasuk dalam golongan orang yang rugi (ahli Neraka).
[Ali Imran: 85]
Rasulullah  pula berkata:
وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِى أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِىٌّ وَلاَ نَصْرَانِىٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِى أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ
Maksudnya: Demi diri Muhammad ditanganNya, aku tidak pernah mendengar seorangpun dari umat ini seorangp Yahudi mahupun Kristien ang kemudian mati (dalam keadaan) tidak beriman dengan apa yang aku sampaikan dengannya, melainkan mereka dari kalangan penghuni Neraka.
[Direkodkan oleh Muslim]
        Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
        Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.


RENUNGAN
Kita sanggup untuk memperingati kekasih pad hari Valentine dan menunggu detik 12 malam untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Kekasih’ kepada pasangan. Tapi sanggupkah kita berselawat kepada Rasulullah untuk menunggu ambang 12 Rabiul Awal? Apa yang kita lakukan ketika itu? Layakkah kita mengaku mencintai Rasulullah?

Wednesday, 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434 H




 
SALAM MAULIDUR RASUL 1434 H
 
 
"Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi cubaan & kemudahan itu selalu mengiringi sesusahan"







Wednesday, 2 January 2013

DAKWAH LAPANGAN




JELAJAH MALAM TAHUN BARU



Alhamdulillah, pada 31 Disember 2012, GAMIS Kelantan telah melaksanakan satu program dakwah lapangan sempena menyambut tahun baru 2013. Program ‘Jelajah Malam Tahun Baru’ ini Berjaya mengumpul seramai 187 orang mahasiswa pada awalnya, namun bilangannya bertambah semasa pendaftaran dilakukan. Antara wakil yang terlibat ialah dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Mohamad Faris Petra, Universiti Malaya Nilam Puri, Universiti Malaysia Kelantan, serta Politeknik Kota Bharu.
            Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 6.00 petang dimana semua mahasiswa diminta untuk berkumpul di surau yang bertempat di Balai Islam, Lundang. Walaupun dalam keadaan hujan yang lebat, namun sedikit pun tidak menjejaskan semangat juang anak-anak muda ini untuk turut terlibat bagi menjayakan program dakwah lapangan ini malah mahasiswa/wi yang hadir lebih ramai dari yang dijangkakan menyebabkan pembahagian kumpulan terpaksa dilakukan sekali lagi.

            Selepas solat maghrib, program diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program, Ustaz Azree b Hj Mohd Ashaari dan diteruskan dengan ucapan dari presiden GAMIS Kelantan serta taklimat pembahagian kumpulan oleh Ustaz Mohamad Sabri bin Mohamed Husin. Antara tempat yang telah dirancang ialah di sekitar Lapangan Terbang di Pengkalan Chepa, tengah Bandar Kota Bharu, stadium utama, tesco, Jam besar, sekitar Masjid Muhammadi, sekitar Hayaki, Jalan Hamzah, Limau Manis, Berek 12, Wakaf Che Yeh, dan Pantai Cahaya Bulan.

            Selepas solat Isya’, semua peserta dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing untuk diterangkan serba sedikit mengenai  persiapan sebelum ke tapak dakwah lapangan masing-masing. Dalam kumpulan ini, peserta diterangkan mengenai keselamatan semasa berada di lokasi dakwah yang disampaikan oleh ketua kumpulan masing-masing.Mahasiswa/wi diberikan beberapa keping risalah untuk diedarkan kepada masyarakat umum. Dalam pukul 9.15 malam, semua peserta bergerak ke tempat sasaran dengan kenderaan masing-masing .

            Program berakhir dimana semua peserta berkumpul di medan usahawan yang bersebelahan dengan stadium utama di Kota Bharu. Mahasiswa/wi bersurai selepas sesi bergambar beramai-ramai dengan laungan ‘student power!’ diiringi dengan laungan ‘takbir!’.






SELAMAT TAHUN BARU 2013

 
 
 
 
SALAM TAHUN BARU 2013...:)
 


                    Kami dari PIMPINAN GAMIS mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013, "Tulisla perancanganmu dengan pensel, kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH s.w.t.... izinkanlah ALLAH memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu, & menggantikan dengan rancangan yang lebih baik.. kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita. mungkin yang seperti manusia sangka, selalu ada hikmah disebalik rancangan yang ALLAH siapkan,...Khas untuk kita hambaNYA  yang berIMAN...insyaALLAH...Azam Baru Adalah Hasil Muhasabah Sebelum ini..., Jom sama2 kita muhasabah & perbaiki amalan kearah kebaikan & diredhai & diberkati  ALLAH,,,Amin..InsyaALLAH...

     

Monday, 31 December 2012

 
JELAJAH MALAM TAHUN BARU 2013
 
 

..diharapkan agar semua ahli bersedia untuk program esok..'jom santuni anak muda'.. =)
 
 


Tuesday, 25 December 2012

 
 
PROGRAM BAKTI SISWA
 
 

25 disember 2012,(SELASA),  telipot kota bharu, Sempena cuti Umum . Alhamdulillah Markaz Siswazah Kelantan MSK & GAMIS KELANTAN telah mengadakan PROGRAM BAKTI SISWA bersama Guru2 Sekolah tersebut  dari wakil GAMIS  seramai 25 orang ada yang dr KIAS, UMK, &  USM   yang berbentuk  gotong royong  di SEKOLAH TAHFIZ DARUL SALAM DI TELIPOT KOTA BHARU KELANTAN. Program ini  bertujuan mengeratkan Silaturrahim dengan masyarakat bermula jam 10 pagi berkumpul di Masjid telipot dan segera ke Sekolah tersebut. Bangunan tersebut dahulunya merupakan bangunan yang terbiar dan sekarang telah diambil alih oleh salah seorang tenaga pengajar disitu yang begitu cakna tentang pendidikan Islam. Pelajar-pelajar disitu terdiri daripada berumur dari 6-17 tahun keatas. Sistem pengajian disitu berbentuk pendidikan Islam & Hafazan Al-Quran. Oleh itu, kami dari GAMIS & MSK mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua yang terlibat dengan ucapan SYUKRAN JAZILAN... HARAP DAPAT ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN :) TAKBIR!!!!!!
 



Sunday, 25 November 2012

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KAMPUS USM KAMPUS KESIHATAN

 
 
 KAMI BERSAMAMU PALESTIN..

      Kami dari GAMIS KELANTAN mengucapkan tahniah kepada kampus USM kerana telah BERJAYA  mengadakan Program Solat HAjat Perdana dan Talk bertajuk 'News From Palestine' TELAH DIADAKAN

 ~ PADA TARIKH: 22 NOV 2012  (KHAMIS)
~oleh Doctor Mahmoud Abu Marzouk dari Gaza diiringi Ustaz Wan Sharafi, Timb. Presiden Cakna Palestin sebagai penterjemah.

 
          DAN ALHAMDULILLAH dapat mengumpulkan wang kutipan sejumlah RM 17,041.36. kehadiran yang sangat di luar jangkaan dari para pelajar menunjukkan solidariti mereka dengan keadaan yg berlaku di palestin.
 
hadirin yg hadir sedang mengaminkan doa "Ya Allah Selamatkan Palestin" "hancurkan Israel yg menzalimi orang2 Islam di Palestin" Amin......
 
 
         Program solat hajat perdana dan talk News From Palestine anjuran rakan masjid, wakil mpp, PPSP, PPSG PPSK dan ahli sekretariat sukarelawan dengan bantuan pihak pusat islam dan HEP ni yang program first untuk palestin dari usm kampus kesihatan
wallahua'lam.

























 

Saturday, 24 November 2012

PIDATO ~SELAMATKAN UMAT ISLAM GHAZZAH~


 

 
GAMIS KELANTAN MENYERU MASYARAKAT MENGAMBIL CAKNA ISU UMAT ISLAM
 
Tarikh   : 22 November 2012 (Khamis)

Masa     : 7.00 malam –8.30 malam

Tempat : Masjid Ar-Rahman, Kok Lanas

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Cawangan Kelantan

Turut Hadir : Wakil-wakil NGO, Misi Cakna Palestin & Pembina Kelantan.

             Apabila umat Islam di seluruh dunia sibuk untuk menyambut tahun baru Hijrah, umat Islam di Palestin huru-hara apabila ‘menyambut’ serangan roket rejim Israel. Seperti yang kita ketahui sebelum ini, penduduk bumi Gaza telah diserang dengan begitu kejam oleh Israel Laknatullah dan ramai diantara mereka yang mati syahid.Dengan itu,untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kelantan telah menganjurkan pidato “Selamatkan Umat Islam Ghazzah” yang berbentuk forum tentang bantahan terhadap isu keganasan di Gaza  yang diadakan di Masjid Ar-Rahman kok lanas. Pemidato yang pertama selaku pembuka tirai disampaikan oleh saudara Azree (wakil Pimpinan Gamis Kelantan), pemidato seterusnya yang disampaikan oleh Ustaz Hadi (wakil Pembina) dan diakhiri oleh Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood (Wakil Sekreteriat Cakna Palestin) itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat luar tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel Laknatullah terhadap penduduk di Gaza,Palestin.

          Antara pengisian penting yang kami dapat kutip sepanjang slot tayangan video tentang penderitaan penduduk Gaza dan pidato oleh kedua wakil NGO tersebut ialah bagaimana tentera HAMAS al-Qassam berhempas pulas mengangkat senjata untuk melawan musuh Islam iaitu zionis Israel laknatulah itu.Walaupun kami tidak mampu mengangkat senjata memerangi zionis,namun doa kami sentiasa mengiringi perjuangan mereka disana. Kami juga telah mengakhiri pidato’’Selamatkan Umat Islam di Ghazzah’’dengan menunaikan solat Sunat Hajat untuk saudara kita di Palestin.Oleh itu,kami berharap semua masyarakat kawasan berdekatan yang hadir pada malam itu mendapat input yang berguna disamping memberi kesedaran tentang pentingnya untuk kita mempertahankan agama Islam kita daripada menjadi sasaran perang zionis Israel laknatullah.’’Jauhi Kekerasan untuk bebaskan kekejaman Israil Laknatullah...Allahuakhbar!!’’


 Pemasangan‘Banner’ di luar Masjid Ar-Rahman

                                         Pemidato yang disampaikan oleh ustaz Hadi            
 
                                Pemidato yang disampaikan oleh                   
                                                          Ustaz Nik  Mahadi                                                  

    Pembuka Pemidato Saudara Azree oleh wakil GAMIS

                                                             Cawangan Kelantan
 


HADIRIN YANG HADIR

Wednesday, 21 November 2012

UCAPAN TAHNIAH


SELAMAT PENGANTIN BARU


             

       Assalamualaikum...Kami dari pimpinan GAMIS KELANTAN mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua mempelai USTAZ NOR HISSYAM & USTAZAH LIYANA yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 9 november 2012, Ustaz Hissyam merupakan mantan setiausaha GAMIS Kelantan pada sesi 2011,  semoga bait muslim yang dibina dapat meneruskan legasi generasi mujahidin yang dapat memberi sumbangan besar kepada Islam di Malaysia khususnya...

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمعا بينكما في الخير.......:)

 
Daripada: MOHAMMAD SABRI BIN HUSSIN (PRESIDEN GAMIS NEGERI KELANTAN) & PIMPINAN YANG LAIN....


 





 

KENYATAAN RASMI PRESIDEN GAMIS KELANTAN ,BANTAHAN TERHADAP KEKEJAMAN ISRAEL KEATAS GAZA



  
"orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".[Al-Baqarah Ayat 120]


     Saya mewakili barisan pimpinan Gamis negeri kelantan mengutuk sekeras-kerasnya pembantaian, kekejaman yang dilakukkan oleh regim Israel laknatullah terhadap tanah mulia umat Islam Gaza, Palestine.
     Wahai Anak Muda, sebagaiman kita mengetahui..setiap awal kali awal muharram, hati umat Islam dicabar dengan pembantaian umat islam di Gaza.Apa alasan mereka?tidak lain adalah mereka menyatakan bahawa 'bumi' mereka telah diceroboh, ini adalah suatu alasan yang tidak dapat di terima akal, kerana apa! tidak dan tidak bukan negara yang mereka berpijak adalah bumi haram yang mereka rampas dari umat islam dengan nama kemanusian! oelh sekutu-sekutu mereka.
    Wahai anak muda! Gamis Negeri Kelantan menyeru kepada semua pemuda pemudi harapan Islam..Ayuh kita bangkit, bersama-sama menentang dalam apa segala bentuk supaya mereka merasakan umat Islam seluruh dunia tidak sesekali Redha dengan kewujudan mereka!.Anak Muda!..Jangan kamu tidur, sesungguhnya musuh kamu tidak pernah tidur untuk menghancurkan kamu!



Mohamad Sabri bin Mohamed Husin
Presiden Gamis Negeri Kelantan

FLASHMOB FOR GAZA


SAVE GAZA
 

Solidariti Bantahan Kekejaman Israel Laknatullah Ke Ke Atas Gaza...Persatuan Mahasiswa KIAS(PMKIAS) Bersama Mahasiswa Baru KIAS Minggu Ukhuwah Islamiyah(MUI 2012)...



Nilam Puri, 20 november 2012, Alhamdulillah Berjaya mengadakan flashmob for GAZA anjuran Persatuan Mahasiswa Kilej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) kerjasama Gamis Kelantan, dengan bertemakan Situasi : Solidariti Bantahan Kekejaman Israel Laknatullah Ke Ke Atas Gaza...Persatuan Mahasiswa KIAS(PMKIAS) Bersama Mahasiswa Baru KIAS Minggu Ukhuwah Islamiyah(MUI 2012)... menunjukkan rasa kecaknaan mahasiswa dalam isu kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Mereka telah dibunuh hidup2, kanak-kanak yang tidak berdosa, perempuan2 yg turut dizalimi dengan kejam…. Ya Allah Selamatkan mereka Ya Allah….
 
 
 
 
BENJAMIN WAKE UP!!!!!! YOUR TIME IS UP... FREE PALESTINE NOW!!! WE LOVE GAZA
 
 
PRESIDEN PMKIAS & PRESIDEN GAMIS KELANTAN turut sama juga
 
 
 
MAHASISWA SEDANG MENURUNKAN TANDATANGAN MENANDAKAN bantahan kezaliman Israel keatas Palestin
 
 
~ MAHASIWA CAKNA PALESTIN~
 
Ya Allah Selamatkan palestin dari kekejaman Israel Laknatullah.....
 
 
Sekalung Tahniah & syabas diucapkan kepada PMKIAS kerana berjaya adakan flashmob ini
 
 
 
 

 

Tuesday, 20 November 2012

wahai mujahidin mujahidah..

Ya Allah Selamatkan Palestin...

 
 
 
 


 
Wahai mujahidin mujahidah.......
Peperangan di Palestin masih tercetus
Kemanakah engkau wahai pejuang Allah???????
Kembalilah…………..kembalilah
Kembalilah engkau untuk memperjuangkan Islam,
Kembalilah engkau untuk memperjuangkan Agama Allah,
Sampai bilakah engkau mahu mendiamkan diri??
Wahai mujahidin mujahidah ……
Sanggupkah engkau melihat rakyat palestin menderita????
Mereka ditempak, dibunuh, ditindas dengan
begitu kejam & teramat-amat kejam.
 
Wahai mujahidin mujahidah….
Anak-anak kecil yang tidak berdosa dan
Perempuan-perempuan yang lemah
Menjadi mangsa kekejaman zionis.
 
Ya Allah……ya Allah…..
Para syuhada’ bermandikan darah demi
memperjuangkan agama Allah,

Tapi engkau sanggup melihat mereka dizalimi,
Sedangkan engkau wahai mujahidin mujahidah,
mereka memerlukan kekuatan daripada engkau
untuk bersama meneruskan perjuangan ini.
Bangkitlah…….bangkitlah….bangkitlah wahai mujahidin mujahidah,

Untuk memperjuangkan Agama Allah….
Bangkitlah….


 
 


 

 
 
 
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)